Shahidan pernah berdepan tuduhan cabul, kumpulan wanita, kanak-kanak bantah pelantikan ke jawatankuasa khas


Kumpulan hak wanita dan kanak-kanak membantah pelantikan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim ke Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial.

StandUp Malaysia dan Monsters Among Us dalam kenyataan berkata Shahidan pernah berdepan tuduhan mencabul seorang remaja perempuan bawah umur pada 2019, di mana beliau dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan itu.

Mereka menggesa pengerusi jawatankuasa, Azalina Othman Said, yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat, menjelaskan kewajaran pelantikan Shahidan.

Wakil rakyat lain yang terpilih adalah Rubiah Wang (Kota Samarahan-GPS), Che Alis Hamid (Kemaman-PAS), Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Puteh-PAS), Fuziah Salleh (Kuantan-PKR), dan Alice Lau (Lanang-DAP).



Azalina ketika dihubungi berkata beliau tiada kuasa untuk mementukan siapa dilantik ke jawatankuasanya kerana ia dibuat oleh pejabat Speaker atas syor ketua whip parti masing-masing.

“Saya difahamkan mesyuarat dengan semua wakil parti untuk pemilihan itu dibuat pertengahan bulan lepas.

“Jawatankuasa khas bertemu semalam untuk pilih pengerusi, dan saya terpilih. Ahli Parlimen pembangkang termasuk Alice tidak bantah,” katanya kepada FMT.

Ketika diminta pandangannya mengenai pelantikan Shahidan, memandangkan ahli politik itu pernah dituduh, Azalina berkata ia pendirian parti dan enggan memberi pandangan.



Dua kumpulan hak dalam bantahan mereka berkata siasatan dalam tuduhan cabul itu belum sempurna, mengatakan ahli politik itu juga pada awalnya menolak penubuhan jawatankuasa khas itu, seperti yang didakwa Lau.

Terdahulu, Lau di Twitter menulis Shahidan dan Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing menolak penubuhan jawatankuasa khas itu pada peringkat awal untuk meluluskannya.

“Dia tolak jawatankuasa khas itu dan sekarang dia menganggotainya,” katanya.

FMT sudah menghubungi Shahidan dan menunggu komen beliau. FMT



Idea kerajaan perpaduan Shahidan tak disokong Umno

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker