Zaharin fitnah lagi, Istana nafi PM mohon bubar parlimen

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masih berada di luar negara dan tidak ada sebarang pertemuan yang dijadualkan untuk Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menghadap baginda.

“(Ia) berita palsu. Tuanku masih di Singapura,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin yang dipetik oleh portal FMT.

Semalam, bekas setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob diperkenankan untuk menghadap hari ini.



Spekulasi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) semakin hampir bertambah hangat dengan laporan Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang mendakwa Ismail Sabri dijangka mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya, hari ini.

Ismail Sabri kini di bawah tekanan oleh partinya sendiri untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 – tindakan yang berpotensi menjadikannya sebagai perdana menteri paling singkat.

Ketika ini, Dewan Rakyat sedang bersidang dan kerajaan pimpinan Ismail Sabri dijadual membentangkan bajet untuk tahun depan pada Jumaat.

Semalam, Ismail Sabri menghadiri taklimat pra-mesyuarat bersama ahli parlimen kerajaan – satu langkah yang tidak konsisten dengan pembubaran Parlimen.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee



Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker