Rafizi Gusar “Memoir Tommy Thomas” Bongkar Pembebasan Hukuman BAFIA Tidak Sah

Oleh Tun Teja

KEBANYAKKAN kepimpinan Pakatan Harapan (PH) berdiam diri berhubung hasil siasatan Pasukan Petugas Khas ke atas buku bertajuk My Story: Justice in the Wilderness tulisan Tommy Thomas. Perkara ini mengundang persoalan memandangkan pimpinan pembangkang mendakwa merekalah yang paling mendaulatkan undang-undang.

Siasatan buku Tommy dikatakan mendapati wujud salah laku dan perlakuan jenayah bekas Peguam Negara itu. Oleh itu, Tommy akan disiasat berhubung dakwaan beliau terhadap badan kehakiman, selain mengambil tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta melakukan kecuaian profesional.

Peguam Negara kerajaan PH menggugurkan tuduhan terhadap 15 pemimpin PH, termasuk Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Karim dan Naib Presiden PKR ketika itu, Rafizi Ramli.

Siasatan terhadap Tommy Thomas sudah tentu mengundang kegusaran kepada Rafizi kerana beliau juga merupakan antara yang digugurkan hukuman ketika PH berkuasa.

Kini Rafizi memberi alasan semua pemilih termasuk pengundi Melayu lebih bimbang berhubung kehidupan mereka berbanding buku tulisan Tommy Thomas.

Hakikatnya, rakyat tahu sebenarnya bukan itu yang berada dalam fikiran pemimpin PH. Rakyat tidak pernah menjadi keutamaan PH. Ketika PH menjadi kerajaan selama 22 bulan, rakyat diseksa dengan disuruh “ikat perut” sambil menderma kepada mereka untuk memerintah.

Malah Rafizi turut menuduh UMNO menggunakan isu perkauman hanya kerana mahu Tommy Thomas dibawa ke muka pengadilan setelah didapati wujud salah laku dan perlakuan jenayah bekas Peguam Negara itu.

Sebelum itu, Rafizi perlu menjawab beberapa persoalan yang bermain diminda rakyat. Apa jadi dengan audit forensik terhadap pemilihan PKR? Betulkah kemenangan Rafizi “null and void”? Kenapa takut dedah pada rakyat?

PH, DAP dan Mahathir mendabik dada kononnya mereka anti rasuah dan menjunjung “Rule of Law”. Kes Lim Guan Eng, Rafizi dan dua ADUN DAP yang dituduh sokong Tamil Ealam pula digugurkan begitu sahaja. Malah Lim Guan Eng dilantik jadi Menteri Kewangan ketika dia sedang dibicarakan di Mahkamah.

Pada Februari 2018, Rafizi dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), enam tahun lepas. Beliau didapati bersalah mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Kemudian pada November 2019, ketika kerajaan PH memerintah, Mahkamah Tinggi membebaskan Rafizi terhadap hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Pasukan petugas khas yang ditubuh bagi meneliti dakwaan dalam buku Thomas mengenalpasti 19 isu penting dalam empat perkara: dakwaan terhadap badan kehakiman, selain mengambil tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta melakukan kecuaian profesional.

Siasatan ke atas Tommy sudah pasti akan membongkar samada pembebasan Rafizi terhadap hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) mengikut saluran yang betul ataupun sebaliknya. Mustahil Rafizi dan pemimpin PH yang lain akan menyokong siasatan terhadap Tommy kerana ianya bagai membuka pekung didada.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker