Muafakat Nasional: UMNO serahkan pada PAS, pilih kami atau Bersatu

 

ALOR GAJAH: Tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Itu intipati syarat yang UMNO letakkan kepada Pas jika ingin kembali menjalin kerjasama politik menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarat itu merangkumi Pas perlu keluar daripada Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufa­rakah’ seratus peratus daripada PN dan Bersatu.

Menurut beliau, tiga syarat tersebut telah dikemukakan UMNO semasa beliau bertemu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.



Beliau berkata, jika Pas memenuhi tuntutan tersebut, barulah rundingan kerjasama dengan UMNO boleh dilakukan khususnya untuk menghadapi PRU15.

“Selagi Pas tidak penuhi tiga tuntutan itu, kita (UMNO) tidak dapat merungkai apa-apa juga isu dan perkara yang menjadi perbezaan antara kedua-dua parti. Mereka mengetahuinya (tiga syarat).

“Tiga syarat itu saya maklumkan ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas,” kata Ahmad Zahid ketika berucap dalam majlis Penutupan Bootcamp BNComms di Kem Permata Resort dekat sini semalam.

KERJASAMA

Sementara itu, sumber Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberitahu Utusan Malaysia, kerjasama kedua-dua parti tersebut kini terletak di tangan Pas sama ada mahu meneruskan atau dihentikan.



“(Mesyuarat MT dimaklumkan) pertemuan antara Presiden UMNO dan Presiden Pas hasilnya positif dan dibincangkan dalam mesyuarat (Jumaat). Kami bagi pandangan supaya suruh Pas bagi pandangan (terhadap terma yang ditawarkan).

“(Kini) MT UMNO menunggu respons daripada Pas sebab kita bagi tawaran dan sana (Pas) balik berbincang. Ini bukan perbincangan antara MT UMNO dengan kepemimpinan tertinggi Pas, tetapi (perbincangan) empat mata antara kedua-dua presiden parti.

“Kita (UMNO) ada pendirian dan terma syarat, serta (mungkin) Pas juga (nanti). Cuma (ia ke arah) sedang mencari titik temu dan kompromi untuk memastikan permuafakatan benar-benar berlaku serta berlangsung dengan baik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, difahamkan, kerjasama antara UMNO dan Pas yang masih tiada ketetapan membimbangkan beberapa pimpinan UMNO kerana masa yang semakin suntuk.



Ia susulan MT UMNO pada Jumaat lepas sepakat memutuskan pembubaran Parlimen perlu diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan pada tahun ini juga.

LOGO

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lepas, UMNO menawarkan sehingga lima kerusi kepada Pas dengan syarat parti itu menggunakan logo sendiri, namun mereka lebih memilih logo Perikatan Nasional (PN).

Di PRN Johor pula, belum pun UMNO membuat keputusan berhubung kerjasama kedua-dua parti terbesar Melayu itu, Pas sudah memilih untuk bersama dengan PN.

Namun, pada 20 September lalu, Pas dilapor kekal dengan pendirian menjalin hubungan dengan UMNO sebagai rakan ta’awun (kerjasama) sekali gus tidak bersetuju dengan gambaran Barisan Nasional (BN) atau UMNO sebagai musuh dalam PRU15.

Dalam pada itu, sumber dalaman Pas pula berkata, parti itu akan memutuskan pendirian mereka sama ada memilih UMNO atau Bersatu dalam satu mesyuarat khas minggu hadapan.

Menurut beliau, ini kerana situasi kritikal bersifat dasar itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat seperti yang ditetapkan dalam Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke-68 awal September lalu dan ucapan dasar Presiden Pas, Abdul Hadi.

“Dalam mesyuarat minggu depan, Tuan Guru (Abdul Hadi) akan dibincangkan pendirian Pas sama ada bersama UMNO atau Bersatu.

“Jadi mesyuarat itu akan tentukan, tetapi tarikh belum ditetapkan sebab tunggu kesediaan masa Tan Sri Presiden. Namun, kenyataan akan (pendirian) dikeluarkan Setiausaha Agung (Datuk Seri Takiyuddin Hassan),” katanya.- UTUSAN

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker