Muafakat Nasional: Adakah Bersatu akan tersingkir, PAS putuskan minggu ini
PAS akan mengkaji secara mendalam keterbukaan Umno dalam usaha memulihkan agenda penyatuan Ummah susulan pertemuan empat mata antara kedua-dua presiden parti itu.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, PAS akan membuat keputusan muktamad mengenai kerjasama antara kedua-dua parti pada hujung minggu ini.
“PAS tetap mengharapkan suatu jalinan penyatuan ummah yang sejati dapat direalisasikan di antara Parti-parti Utama Melayu Islam di negara ini dengan mengambil roh dan semangat persaudaraan Islam seperti yang ditunjukkan dalam sirah iaitu antara Aus – Khawraj dan Muhajirin – Ansar yang akhirnya membawa kepada kekuatan dan kegemilangan pemerintahan berteraskan Islam.
“PAS dengan ini mengambil sikap mengkaji secara mendalam keterbukaan Umno dalam hal ini dan akan membuat keputusan muktamad sebelum hujung minggu ini dengan mengambil kira aspek maslahah yang lebih besar serta mudhorat (risiko) yang paling ringan,” jelasnya dalam kenyataan
Takiyuddin berkata PAS turut menekankan soal penyelesaian sesuatu perkara perlu dirujuk kepada sumber agama Islam iaitu al-Quran dan al-Hadith.
Menurutnya perkara itu juga terkandung secara jelas dan tersurat di dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) yang telah dimeterai pada 14 September 2019.
Kenyataan itu dilihat sebagai reaksi terhadap kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berhubung kerjasama dalam MN.
Terdahulu Ahmad Zahid dilaporkan berkata sebarang usaha untuk memulihkan MN mestilah berpandukan kepada prinsip dan semangat piagam asal yang telah dimeterai.
Katanya, Umno tidak pernah memadamkan agenda penyatuan ummah yang menjadi asas kepada kestabilan politik tanah air.
“Sebab itulah sejak dari awal Umno sentiasa menekankan soal keikhlasan dan kejujuran dalam apa jua bentuk permuafakatan.
“Namun, Umno tidak sesekali dapat menerima mereka yang berterusan melakukan pengkhianatan dan mengambil sikap dengan menjadikan BN sebagai musuh utama mereka.
“Justeru, sebarang usaha memulihkan MN atau apa jua bentuk permuafakatan dan kerjasama mestilah kembali berpandukan kepada prinsip dan semangat piagam asal sebagaimana yang pernah dimeterai dan disepakati,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS Terengganu buat pusingan U, mahu suburkan kembali MN
- Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang [VIDEO]
- Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar lucah dari Akhi Fairuz
- Pemimpin DAP berbalah, Guan Eng ‘sound’ Ronnie Liu
- Datuk Bandar Shah Alam ditahan kes tender tebatan banjir: SPRM
- PAS bersedia hadapi PRU tanpa BN-UMNO
- Pensyarah ’lucah’ dipecat, doa saya termakbul – bekas siswi
- PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH
- InsyaAllah PRU sebelum banjir – Zahid
- Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)
- PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain
- Bintang filem lucah UK takut mahu berlakon ekoran penularan penyakit sifilis di Eropah
- Ejen kosmetik diculik berjaya diselamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee