Akta Anti Lompat Parti akan dikuat kuasa sebelum PRU-15
KUALA LUMPUR: Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata akta yang telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu masih tiada tarikh khusus bagi dikuat kuasa ketika ini.
“Ia (kuat kuasa akta) akan berlaku sebelum itu (PRU15). Jadi, semua perlu bersabar dan saya akan tampil sekali lagi (untuk maklumkan mengenai perkara itu) dalam masa terdekat,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada akta berkenaan akan dilaksanakan atau tidak sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, di Bangunan Parlimen hari ini.
Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan Al-Sultan Abdullah memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 lepas.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata Bajet 2023 tetap akan dibentangkan Jumaat ini seperti yang dijadualkan susulan spekulasi pembubaran Parlimen dalam masa terdekat.
Wan Junaidi berkata kerajaan komited untuk memastikan rang undang-undang yang telah dirangka termasuk Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2022 yang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori akan dibawa untuk bacaan pertama dan kedua pada sidang Parlimen ini.
Menjawab mengenai usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang ditangguhkan lagi, Wan Junaidi berkata perkara itu berikutan hanya terdapat satu pencalonan sahaja bagi jawatan berkenaan untuk undian di Parlimen.
Beliau berkata hanya satu nama sahaja yang dikemukakan iaitu dari pihak kerajaan dalam tempoh 14 hari sebelum sidang Dewan Rakyat bermula.
“Saya telefon (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya tanya dan beritahu beliau sekiranya tiada pencalonan dari Pakatan Harapan (PH), maka atas pemahaman yang dahulu bahawa kita akan tarik kita punya calon,” katanya.
Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said ditangguhkan buat kali kelima dan dibawa ke persidangan akan datang.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS Terengganu buat pusingan U, mahu suburkan kembali MN
- Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang [VIDEO]
- Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar lucah dari Akhi Fairuz
- Pemimpin DAP berbalah, Guan Eng ‘sound’ Ronnie Liu
- Datuk Bandar Shah Alam ditahan kes tender tebatan banjir: SPRM
- PAS bersedia hadapi PRU tanpa BN-UMNO
- Pensyarah ’lucah’ dipecat, doa saya termakbul – bekas siswi
- PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH
- InsyaAllah PRU sebelum banjir – Zahid
- Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)
- PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain
- Bintang filem lucah UK takut mahu berlakon ekoran penularan penyakit sifilis di Eropah
- Ejen kosmetik diculik berjaya diselamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee
You must be logged in to post a comment.