Anak Rizky Billar pengamal seks songsang?

Anak Rizky Billar pengamal seks songsang?

KISAH rumah tangga pasangan selebriti Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar semakin memanas. Terbaharu tular sebuah video membongkar kisah silam aktor berusia 27 tahun itu apabila dikatakan sudah pun memiliki seorang anak perempuan sebelum menikahi Lesti.

Menerusi sebuah video yang tular dalam media sosial, seorang wanita yang mengakui dirinya sebagai kenalan lama Rizky mendedahkan, lelaki itu bukan sosok yang baik.

“Rizky Billar. Aku sangat geram dengan dia. Aku sudah lama mahu membongkar sifat sebenar Rizky, tapi aku tahan sebab dia mahu berkahwin dengan Lesti.



“Aku fikir dia akan berubah menjadi orang atau lelaki yang lebih matang kerana sudah mendapat seorang wanita yang sangat baik (Lesti) dan mencintainya,” katanya.

Ujarnya lagi, dia tidak mempunyai niat memburuk-burukkan Rizky, cuma berasa kasihan melihat penderitaan Lesti yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Dedah wanita itu, Rizky sebenarnya sudah pun mempunyai seorang anak perempuan, hasil hubungan bersama seorang wanita yang bekerja di sebuah salun di Kalibata, Jakarta Selatan.

“Rizky Billar sudah ada seorang anak. Kalau anda peminat tegar Rizky, cuba cari akaun Instagram lama milik Rizky sebelum dia berkahwin dengan Lesti.



“Ada foto Rizky bersama seorang kanak-kanak perempuan. Itu adalah anaknya hasil hubungan seorang pekerja salun di Kalibata.

“Aku tahu dia pernah tinggal di Kalibata dan mempunyai hubungan dengan wanita itu (pekerja salun),” katanya.

Kata wanita tersebut lagi, dia sangat mengenali Rizky kerana mereka pernah mengikuti pengajian dalam bidang perfileman di Sudirman, Jakarta suatu ketika dahulu.

“Rizky tidak boleh mengelak lagi. Seharusnya dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang baik. Lesti umpama ‘berlian’, namun Rizky tidak bersyukur,” katanya.



Dalam video yang sama, pelakon sinetron Satria Mulia pula mendedahkan bahawa Rizky pernah memberitahu media dia tidak mempunyai hati dan perasaan terhadap Lesti. Malah, Rizky menuduh bahawa isterinya itu ‘syok sendiri’ terhadapnya.

“Lesti bukan gadis idaman saya. Dia bukan ciri wanita yang saya suka. Dia perasan saya sukakannya,” kata Rizky.

Lebih memburukkan nama pelakon asal Medan, Indonesia itu apabila dia dikatakan mempunyai kecenderungan nafsu sesama jenis (homoseksual) setelah dikatakan pernah berhubungan dengan beberapa orang ‘waria’ (mak nyah) dan juga lelaki gay.

“Dia pernah tidur bersama mak nyah dan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki bergelar pengacara. Mereka pernah tinggal bersama-sama,” dedah Satria.

Sejak Rabu lalu, industri hiburan Indonesia gempar apabila Lesti, 28, membuat laporan polis terhadap suaminya, Rizky apabila dipukul dan dicekik selepas mendakwa lelaki itu berlaku curang terhadapnya.

Dalam laporan polis yang dibuat, Lesti mendakwa telah dihempas ke atas katil sebelum dicekik sehingga jatuh ke lantai oleh suaminya.

Kisah kecurangan Rizky atau nama lengkapnya Muhammad Rizky Billar turut mengheret nama pelakon dan juga model jelita, Devina Kirana apabila dia dituduh menjadi kekasih gelap kepada lelaki itu.

Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. K Online

Anak Rizky Billar pengamal seks songsang?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker