Anak bekas Menteri Agama Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri meninggal dunia

ZULKFILI Mohamad Al-Bakri memaklumkan pemergian anaknya menerusi akaun media sosialnya.

SEREMBAN:  Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri meninggal dunia pagi ini.

Zulkifli menerusi akaun media sosial memaklumkan, anaknya, Hammad , 22, meninggal dunia di sisinya pada pukul 5.22 pagi ini.

Difahamkan, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada lima beradik menderita sakit kanser sejak dua tahun lalu.

“Dengan penuh reda dan sabar, saya maklumkan pemergian anakanda, Hammad bin Zulkifli (Hammad anak kepada ibunya Shereen) pada jam 5.22 pagi tadi.

“Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini,” katanya.

Zulkifli yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memaklumkan, solat jenazah Allahyarham anaknya itu diadakan pagi ini pada di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM di Nilai.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker