7 Perbuatan yang mendapat LAKNAT dari malaikat
7 Perbuatan yang mendapat LAKNAT dari malaikat
Sebagaimana yang terdapat dalam enam rukun iman, malaikat merupakan salah satunya yang perlu dipercayai dan diimani. Walaupun kewujudannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun kewujudannya sudah cukup jelas sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. surah Faatir: 1
“Segala puji tertentu bagi Allah, yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambahkan pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakan Nya apa jua yang dikehendaki Nya.”
Doa para malaikat adalah mustajab. Ini kerana malaikat merupakan antara makhluk yang dekat dengan Allah. Doa yang dipanjatkan oleh para malaikat adalah atas perintah dari Allah. Selain daripada doa yang baik, para malaikat turut mendoakan keburukan dan melaknat ke atas hamba yang melanggar perintah-Nya. Antara mereka yang mendapat laknat dari malaikat ialah:
Pertama: Orang kafir
“Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka itu mendapat laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya,” (al-Baqarah: 161)
Kedua: Orang yang menghalang kepada Syariat Allah
Dalam kitab An-Nasa’i, Abu Daud dan Ibnu Majah dalam riwayat sahih, dari ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w bersabda,
“Barang siapa yang membunuh secara sengaja maka dihukum dengan pidana qisas, barang siapa yang menghalang antara dia dengan air (yang membunuh dengan terbunuh) maka dia mendapat laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia.
Ketiga: Melindungi orang yang mengada-adakan ajaran Islam
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Siapa yang melindungi muhdits maka untuknya laknat Allah, para malaikat dan seluruh umat manusia.” (HR. Muslim)
Ibnu Katsir menjelaskan, kata muhdits memiliki dua cara baca: muhdits dan muhdats. Jika dibaca muhdits ertinya pelaku jenayah. Sehingga makna hadis, “Siapa yang melindungi pelaku jenayah maka untuknya laknat Allah…”
Jika dibaca muhdats ertinya perbuatan bid’ah, sehingga makna hadis, “Siapa yang melindungi perbuatan bid’ah maka untuknya laknat Allah…” (An-Nihayah fi Gharib Al-Hadits, 1/907).
Keempat: Orang yang mencaci maki sahabat Rasulullah s.a.w.
“Barang siapa yang mencaci maki dan mengumpat sahabat-sahabatku, maka ia mendapatkan laknat Allah S.W.T. para malaikat dan seluruh manusia”. (HR. Thabrani dalam Mu’jam Al-Kabir, dan dinilai hasan dalam As-Shahihah no. 2340).
Kelima: Wanita yang tidak memenuhi keinginan suami tanpa uzur
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila suami mengajak isterinya ke ranjang (hubungan badan) dan dia menolak, kemudian suami marah kepadanya, maka para malaikat akan melaknatnya sampai pagi.” (HR. Bukhari & Muslim).
Keenam: Wanita yang keluar rumah tanpa izin suami
Sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa saja perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah sampai dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya.” (Riwayat Al Khatib).
Ketujuh: Orang yang mengajukan senjata kepada sesama Muslim
“Barang siapa yang mengacukan senjata kepada saudaranya, maka para malaikat melaknatnya. Sekali pun saudaranya itu saudara seayah dan seibu (saudara kandung),” (HR. Muslim) utv
7 Perbuatan yang mendapat LAKNAT dari malaikat
Baca Artikel Menarik:
- PAS Terengganu buat pusingan U, mahu suburkan kembali MN
- Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang [VIDEO]
- Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar lucah dari Akhi Fairuz
- Pemimpin DAP berbalah, Guan Eng ‘sound’ Ronnie Liu
- Datuk Bandar Shah Alam ditahan kes tender tebatan banjir: SPRM
- PAS bersedia hadapi PRU tanpa BN-UMNO
- Pensyarah ’lucah’ dipecat, doa saya termakbul – bekas siswi
- PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH
- InsyaAllah PRU sebelum banjir – Zahid
- Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)
- PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain
- Bintang filem lucah UK takut mahu berlakon ekoran penularan penyakit sifilis di Eropah
- Ejen kosmetik diculik berjaya diselamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee
You must be logged in to post a comment.