PH tiada sokongan Melayu, mahu elak PRU segera – Zahid

PH tiada sokongan Melayu, mahu elak PRU segera – Zahid

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mendakwa isu banjir adalah naratif dan mitos yang sengaja dibawa pembangkang bagi mengelak pilihan raya umum (PRU) ke-15 diadakan dalam masa terdekat kerana sedar sokongan pengundi Melayu tidak memihak mereka.

Ahmad Zahid berkata, banjir adalah naratif yang sengaja ditimbulkan dan amat malang apabila ada sebahagian anggota kerajaan sekarang terpengaruh dengan propaganda Pakatan Harapan (PH).

“Kebimbangan sebenar pembangkang ialah apabila pengundi Melayu yang mewakili populasi negara terbesar kurang berminat untuk menyokong gabungan tersebut ketika gendang pilihan raya dipalu BN.

“PH hampir menemui jalan buntu dan tidak mempunyai pilihan selain memerlukan lebih banyak masa. Dengan kata lain, PH cuba ‘membeli masa’ untuk melengahkan pilihan raya umum diadakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini pemimpin pembangkang menolak gesaan supaya PRU15 diadakan segera tahun ini kerana khuatir fenomena banjir melanda negara.

PAS juga turut tidak bersetuju supaya PRU15 diadakan tahun ini dan memberi alasan sama iaitu banjir.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad turut berpandangan bahawa pilihan raya hanya wajar diadakan tahun hadapan.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim pula menjangkakan bahawa PRU15 bakal diadakan tahun hadapan.

Menurutnya, kerajaan harus bertanggungjawab dengan mengadakan PRU15 pada masa sesuai supaya ia tidak membebankan rakyat.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pembangkang telah membuat tinjauan dan mendapati rakyat tidak memilih mereka jika PRU15 diadakan masa terdekat ini.

“Malah, dikatakan tinjauan tersebut mendapati PH tidak akan mendapat lebih daripada 15 peratus undi Melayu pada PRU ke-15 jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ini.

“Dengan kata lain, keputusan PRU15 tidak akan memihak PH disebabkan undi Melayu akan beralih arah kerana pemulihan dan kebangkitan Umno,” kata Ahmad Zahid.

Namun katanya, apa yang lebih aneh lagi terdapat sekutu bersama Umno masih lagi terpedaya dengan dakyah pembangkang tersebut. Mk

PH tiada sokongan Melayu, mahu elak PRU segera – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker