PAS tetap bersama kami – Muhyiddin
PAS tetap bersama kami – Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berkata, PAS kekal komited kepada gabungan itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Nampak dalam pertemuan itu, PAS masih komited untuk terus bersama PN. Tak ada berbangkit isu dia nak keluar, tak ada bangkit langsung.
“Dalam pertemuan itu, dia ‘reaffirm’ akan bersama-sama meneruskan kedudukannya dalam gabungan PN,” katanya dalam sidang media.
Muhyiddin merujuk pertemuannya dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin PN di kediamannya malam tadi. Beliau menyifatkan pertemuan dua jam itu amat bermakna dan banyak perkara dipersetujui untuk memperkukuhkan PN dalam menghadapi PRU15.
Dalam pada itu, Muhyiddin menepis bantahan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan terhadap tindakannya melabelkan Barisan Nasional sebagai “musuh utama” PN pada PRU15.
Sabtu lalu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mengumumkan BN sebagai musuh utama PN pada PRU15, dengan parti komponennya perlu bergerak sebagai sebuah pasukan dan memiliki hala tuju sama, bukan mengeluarkan kenyataan atau pendirian bertentangan.
Tetapi, Takiyuddin semalam berkata, parti itu tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak melabelkan kumpulan Melayu Islam lain sebagai “musuh utama” kerana ia tidak wajar dan janggal, lebih-lebih lagi kepada parti dalam kerajaan yang dipimpin bersama.
Pertemuan Hadi, Zahid
Muhyiddin berkata, tiada hasil atau keputusan dicapai dalam pertemuan Hadi dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.
“Itu yang dia lapor kepada saya. Tiada benda yang kita sorok, tiada hasil dari pertemuan itu.”
Beliau memuji usaha Hadi untuk penyatuan ummah, tetapi dari segi realiti, katanya, Bersatu tidak mungkin bekerjasama dengan Umno selepas perhimpunan agung parti itu memutuskan untuk tidak menerima dan tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu.
“Saya diberi bayangan dalam tempoh terdekat, PAS akan buat keputusan muktamad, untuk memutuskan hubungan dengan Umno.”
Awal bulan ini, Muktamar PAS ke-68 meluluskan 13 usul, antaranya penyatuan parti politik dan pertubuhan Melayu-Islam pada PRU15, termasuk meneruskan kerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional bagi memastikan situasi satu lawan satu.
Keadaan itu menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati beberapa pemimpin dalam PN, termasuk Bersatu. FMT
PAS tetap bersama kami – Muhyiddin
Baca Artikel Menarik:
- Ebit Lew ‘orang besar’, pengadu takut buat laporan, mahkamah diberitahu
- Kapal Angkasa Kecil NASA DART Hentam Asteroid Dimorphos [VIDEO]
- Pekerja Pembinaan Maut Tertimbus Runtuhan Konkrit
- Madrasah Darussolihin tuntut ganti rugi RM20 juta, permohonan maaf
- Mahathir dan Anwar penjahanam
- Hipokritnya Rafizi, redah banjir bawa fitnah
- DAP kunci mulut berhubung kritikan Ronnie Liu
- Sanggah kenyataan Muhyiddin: Ahli PAS diminta setia kepada arahan Mursyidul AM
- Syarahan ekonomi Rafizi setaraf persediaan pelajar SPM – Shaiful
- Bersatu mungkin tak sokong Bajet 2023 – bekas menteri
- Patuh atau keluar, pindaan DAP tidak demokratik – Ronnie Liu
- Wanita diperkosa depan suami
- Jet pejuang lakukan aksi lagak ngeri, nyaris langgar jambatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut
Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.