Syahmi buat tujuh gigi pemain China terpaksa dicabut

Syahmi buat tujuh gigi pemain China terpaksa dicabut

Pemain pertahanan China, Li Shuai terpaksa dicabut tujuh giginya selepas pertembungan di udara dengan pemain Harimau Malaya, Syahmi Safari pada aksi persahabatan antarabangsa di Chengdu, Sabtu lalu.

Pada perlawanan yang berakhir seri 1-1 di Stadium Phoenix Hill, Shuai berlaga dengan Syahmi lima minit sebelum wisel penamat dan pemain Shanghai Port itu dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri.



China Sports Vision 2050 melaporkan selepas menjalani pemeriksaan, tulang belakang Shuai tidak terjejas namun susulan pertembungan itu, doktor terpaksa mencabut tujuh giginya.

Terkini, pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan berita itu pastinya melegakan ketua jurulatih Negara Tembok Besar, Aleksandar Jankovic.

Pada perlawanan itu, Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon mendahului tuan rumah pada minit ke-11 apabila Faisal Halim meledak gol namun China menyamakan kedudukan menerusi Lin Liangming pada minit ke-36. BH

Syahmi buat tujuh gigi pemain China terpaksa dicabut



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker