Wanita dituduh buat laporan palsu anak didera ala militan
Wanita dituduh buat laporan palsu anak didera ala militan
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan membuat laporan polis palsu yang mendakwa anaknya didera “ala militan” di sebuah institusi bukan kerajaan di Jalan Kebun.
Tertuduh, Zuraina Zamri membuat pengakuan itu di depan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, Zuraina pada 21 Sept lalu, membuat satu laporan palsu di balai polis Taman Sri Muda Seksyen 25, Shah Alam, mendakwa sebuah institusi bukan kerajaan mendera anak lelakinya ketika mendapatkan rawatan di pusat itu.
Zuraina dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb memohon tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 tetapi peguam tertuduh, Wan Azmir Wan Majid merayu jaminan dikurangkan kepada RM1,500.
Redza kemudian menetapkan Zuraina diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan diperintahkan tidak mengeluarkan kenyataan media yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 15 Nov ini.
Jumaat lalu, polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang lelaki yang juga bekas penghuni sebuah institusi bukan kerajaan di Jalan Kebun, yang didakwa didera “ala militan” sepanjang empat bulan berada di pusat itu.
Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu daripada lelaki terbabit, bulan lalu.
Katanya, berikutan itu polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan dibuat lelaki tersebut terhadap pusat itu, lapor Bernama.
Terdahulu, Pertubuhan Kebajikan Darussolihin dalam kenyataan Jumaat lalu menafikan dakwaan institusi bukan kerajaan tersebut melaksanakan penderaan “ala militan” kepada penghuninya.
Kenyataan itu bagi menjawab dakwaan bekas penghuni institusi tersebut yang ingin dikenali sebagai Haris, 20, yang mengatakan dia bersama beberapa penghuni lain dikurung dalam bilik gelap.
Dakwanya lagi, mereka terdiri penghuni berusia 19 hingga 30-an itu turut didera secara fizikal dan mental serta mengalami gangguan seksual sepanjang menerima rawatan di institusi itu.
Sementara itu, Zuraina ketika ditemui selepas diikat jamin berkata, dia terkejut apabila didakwa di mahkamah kerana membuat laporan polis palsu tetapi menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.
“Saya terkejut juga tetapi tak apalah saya ada peguam. Saya harap dapat tegakkan kebenaran. Saya tidak berani kata apa-apa biarkan pihak berkuasa tentukan,” katanya. FMT
Wanita dituduh buat laporan palsu anak didera ala militan
Baca Artikel Menarik:
- PAS dan Muhyiddin makin bercanggah
- Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil
- Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri
- Plot tarikh Pilihan Raya Umum ke-15
- Rakyat sudah lama tahu Bersatu musuhi BN – Zahid
- Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
- Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang
- Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
- Misteri Diego Garcia
- PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
- Zamsaham saman Kafa
- Kerjasama PN seperti retak menanti belah
- Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET