Tajuddin yakin Muafakat Nasional masih ada harapan
KUALA LUMPUR : Pertemuan Presiden UMNO dan Pas baru-baru ini yang dipercayai untuk menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN) pastinya menjadi khabar gembira buat masyarakat Melayu Islam yang mahukan penyatuan kedua-dua parti tersebut.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, usaha itu diyakini memberi kesan positif kepada momentum kedua-dua parti, sekali gus memberi kelebihan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Tanpa meletakkan sebarang kepentingan peribadi dalam perundingan antara pimpinan tertinggi itu, beliau berkata, pimpinan dua parti perlu memahami kehendak akar umbi yang ingin melihat Muafakat Nasional (MN) diperkuatkan semula.
“Berita perjumpaan kedua-dua Presiden itu adalah berita yang menggembirakan kepada saya, kerana sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam permulaan kebangkitan orang Melayu Islam, yang didukung dua parti besar UMNO dan Pas, ia kembali memberi harapan kepada semua.
“Walaupun sebelum ini pimpinan UMNO sudah membuat keputusan untuk bergerak solo dan kita di peringkat akar umbi hanya patuh dengan keputusan parti, tetapi saya yakin semua pihak akan menyokong penyatuan ummah ini,” katanya ketika ditemui semalam.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan, sekali gus menguatkan cakap-cakap MN dihidupkan kembali bagi mengelakkan pertembungan dua parti itu pada PRU15.
Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, beberapa isu sensitif perlu dielakkan dalam perundingan itu supaya titik persefahaman dapat dicapai antara UMNO dan Pas.
“Janganlah isu pembahagian kerusi menjadi penghalang usaha untuk menjayakan perpaduan ummah. Kalau kita masih memikirkan kepentingan peribadi, kepentingan politik masing-masing, kepentingan UMNO, Pas, sampai bila-bila pun kita tidak akan bersatu. Apabila tidak ada penyatuan, maka Melayu akan lemah,” ujarnya.
UMNO dan Pas sebelum ini mengisytiharkan pembentukan MN pada 14 September 2019 yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.
Piagam berkenaan ditandatangani Ahmad Zahid dan Abdul Hadi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Himpunan Penyatuan Ummah dengan disaksikan Setiausaha Agung kedua-dua parti it
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS dan Muhyiddin makin bercanggah
- Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil
- Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri
- Plot tarikh Pilihan Raya Umum ke-15
- Rakyat sudah lama tahu Bersatu musuhi BN – Zahid
- Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
- Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang
- Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
- Misteri Diego Garcia
- PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
- Zamsaham saman Kafa
- Kerjasama PN seperti retak menanti belah
- Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.