Lori ayam palsu culik kanak-kanak adalah berita palsu
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan berlaku kegiatan penculikan kanak-kanak menggunakan lori ayam untuk tujuan penjualan organ seperti sebarang mesej yang tular dalam media sosial ketika ini.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A. Skandaguru berkata, mesej berkenaan adalah palsu dan semakan mendapati ia tular sejak 2017 dan kembali diulang suar di beberapa platform media sosial.
“PDRM mengesan sebaran mesej palsu meminta masyarakat agar berwaspada berkaitan kejadian penculikan membabitkan sekumpulan kanak-kanak yang diberi bahan terlarang sehingga tidak mampu bercakap dan dibawa menaiki lori ayam bagi tujuan pemindahan organ di negara jiran.
“Dalam mesej itu juga menyatakan bahawa pihak berkuasa melakukan pemeriksaan ke atas lori berkenaan dan menjumpai enam kanak-kanak di mana tiga daripada mereka tidak boleh bercakap kerana diberi bahan terlarang dan akan dihantar ke negara jiran pemindahan organ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, polis mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak seperti yang didakwa.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.
“Mana-mana individu yang dikesan menyebarkan berita-berita palsu boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Kata Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS dan Muhyiddin makin bercanggah
- Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil
- Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri
- Plot tarikh Pilihan Raya Umum ke-15
- Rakyat sudah lama tahu Bersatu musuhi BN – Zahid
- Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
- Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang
- Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
- Misteri Diego Garcia
- PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
- Zamsaham saman Kafa
- Kerjasama PN seperti retak menanti belah
- Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah