GRS mahu terus kerjasama dengan BN walau Muhyiddin umum musuh utama

GRS mahu terus kerjasama dengan BN walau Muhyiddin umum musuh utama

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus menyokong calon BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang, bertentangan dengan Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan BN sebagai musuh utama.

Pengerusi GRS Hajiji Noor dilaporkan berkata ini kerana gabungannya telah berjanji untuk bekerjasama dengan BN untuk bersama-sama membangunkan Sabah.

“Kalau di (Parlimen) Batu Sapi ini calonnya (daripada) GRS, kita minta BN juga menyokong calon itu. Kalau calon itu daripada BN, GRS juga akan menyokong mereka.



“(Ini) kerana kita dalam satu kerajaan iaitu Kerajaan GRS dan BN,” katanya seperti dipetik Astro Awani, dalam ucapannya pada majlis GRS di Batu Sapi, Sandakan di Sabah hari ini.

Dia menambah, kerjasama antara GRS dan BN mesti diperkukuh kerana rakyat Sabah mahukan kerajaan yang stabil untuk mewakili mereka.

“Kita mesti belajar daripada kesilapan politik yang lalu. Cukuplah kita tidak perlu berpecah dan memecah belah lagi.

“Kali ini kita berharap dapat bekerjasama sebaik mungkin dan membawa Sabah ke hadapan selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya,” katanya.



Semalam, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun keenam Bersatu mengisytiharkan BN sebagai musuh utama PN pada PRU15, walaupun mendapat tentangan daripada parti komponen termasuk PAS.

Muhyiddin mengasaskan GRS sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang lepas, yang diadakan pada 27 Sept 2020, sebagai gabungan BN, PN dan parti Sabah, untuk bertanding menentang Pakatan Harapan (PH) dan lain-lain.

Portal dalam talian Free Malaysia Today memetik Hajiji sebagai berkata Sabah tidak akan mengadakan PRN bersama-sama dengan PRU15 sekiranya Parlimen dibubarkan.

Menafikan spekulasi PRN diadakan serentak dengan PRU15, Hajiji berkata khabar angin sedemikian adalah tidak benar.



“Kita masih ada tiga tahun lagi untuk mentadbir Sabah.

“Apa yang penting kita terus memperkasakan GRS, gabungan yang mewakili rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah,” katanya seperti dilapor.

Hajiji juga berkata semua parti komponen dalam GRS termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) dan STAR telah bersetuju menggunakan simbol GRS pada PRU15. FMT

GRS mahu terus kerjasama dengan BN walau Muhyiddin umum musuh utama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker