Bekas PM Pakistan mohon maaf hina hakim wanita
ISLAMABAD – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan memohon maaf di mahkamah dalam usaha dibebaskan daripada hukuman penjara dan mengelak tuduhan menghina institusi tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.
Beliau memohon maaf atas kemarahannya terhadap seorang hakim wanita semasa perhimpunan bulan lalu yang dilihat sebagai ancaman terhadap badan kehakiman dan hakim secara amnya.
“Saya bersedia untuk memohon maaf jika mahkamah berpendapat bahawa saya telah melampaui batas.
“Saya memberi jaminan kepada mahkamah bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan,” kata Imran semasa perbicaraan di hadapan Mahkamah Tinggi Islamabad.
Ketua Hakim Negara, Athar Minallah berkata, tindakan Imran itu dihargai tetapi bekas perdana menteri itu perlu mengemukakan permohonan maaf secara bertulis sebelum 3 Oktober ini, di mana beliau akan menyemak teks dan memutuskan sama ada untuk menggugurkan kes penghinaan itu.
Peguam Imran, Faisal Chaudhry kemudian memberitahu pemberita permohonan maaf anak guamnya akan dikemukakan secara bertulis kepada mahkamah dalam masa terdekat. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]