Tak mungkin Parlimen dibubar Oktober ini – Loke
Tak mungkin Parlimen dibubar Oktober ini – Loke
Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook menolak khabar angin bahawa Parlimen akan dibubarkan beberapa hari selepas Bajet 2023 dibentangkan kerana ia boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran negara.
Bercakap menerusi forum dalam talian, Loke berkata, tempoh itu terlalu singkat untuk Parlimen meluluskan bajet berkenaan.
“Proses meluluskan bajet tahunan biasanya mengambil masa antara enam hingga tujuh minggu,” katanya sambil menambah ia perlu dibahaskan, sebelum diundi di Parlimen.
Loke mengulas spekulasi Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan membubarkan Parlimen pada 10 Okt ini, iaitu hanya tiga hari selepas membentangkan bajet tahunan.
Loke berkata, sekiranya Parlimen dibubarkan beberapa hari selepas bajet dibentangkan, ia tidak dapat diluluskan dan dilaksanakan tepat pada masanya untuk 2023.
Beliau berkata, sekiranya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan pada pertengahan November ini, maka ia akan memerlukan masa beberapa minggu sebelum kerajaan dan Kabinet baharu dapat ditubuhkan.
“Ini bermakna keseluruhan proses perlu bermula semula kerana kemungkinan menteri kewangan yang baharu mahu mengemukakan bajet baharu,” katanya.
Menurutnya, jika bajet tidak diluluskan menjelang Disember ini, maka kerajaan tidak boleh membayar gaji penjawat awam menjelang tahun baharu.
Sabtu lalu, Ismail ketika melancarkan jentera Pemuda Barisan Nasional memberi bayangan PRU15 akan diadakan dalam waktu terdekat.
Katanya, beliau akan menemui “Top Five Umno” dalam masa terdekat untuk membincangkan tarikh PRU15.
Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi dalam program sama turut berkata, beliau berharap Ismail akan mendapat ilham mengenai tarikh terbaik PRU15 sekembalinya daripada menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.
Bajet 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Okt ini, tiga minggu lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan pada 28 Okt. FMT
Tak mungkin Parlimen dibubar Oktober ini – Loke
Baca Artikel Menarik:
- Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ
- Ringgit jatuh ke paras RM4.56 berbanding dolar AS
- Najib sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
- Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
- Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi
- Adakah Pas anggap Muhyiddin musuh utamanya sekarang? – Asyraf
- BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham
- Pemandu samseng jalanan di Bandar Tun Hussein Onn diburu Polis
- Janda diserang dan ditetak bekas suami di tepi jalan
- Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap
- Dulu nak Mora out, sekarang nak balik
- Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa
- Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen
- Adik maut dilibas abang guna parang sabit
- Jangan sampai dipijak orang ketiga – Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir
You must be logged in to post a comment.