Lazada, MDEC anjur Jualan Murah Keluarga Malaysia

Lazada, MDEC anjur Jualan Murah Keluarga Malaysia

Lazada, perintis platform e-dagang Asia Tenggara, bekerjasama dengan Perbadanan Digital Ekonomi Malaysia (MDEC) untuk menganjurkan Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) @ DE Dagang dalam usaha membantu mendigitalisasikan dan membangunkan perniagaan kira-kira 100,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan.

Lazada dalam satu kenyataan, Lazada berkata inisiatif itu sebahagian daripada Program Perdagangan Digital Keluarga Malaysia (DE Dagang), inisiatif strategik bagi merangsang pemulihan ekonomi, di samping memacu pertumbuhan ekonomi digital Malaysia, khususnya sektor sasaran DE Dagang iaitu pelancongan dan kraf, halal dan pertanian, serta sektor lain yang relevan.

“Inisiatif ini juga dapat membolehkan jutaan rakyat Malaysia untuk mendapatkan produk pada harga yang berpatutan dan berbaloi, serta menebus baucar insentif, seperti baucar Penghantaran Percuma, baucar pembelian Lazada, Lazada Bonus dan diskaun, bermula bulan ini sehingga Disember 2022.

“Usaha berkenaan akan menyumbang kepada objektif Lazada untuk program DE Dagang bagi membawa lebih ramai peniaga baharu ke platform e-dagang dan infrastruktur e-pembayaran, memperluaskan sokongan strategik kepada peniaga tempatan sedia ada, di samping menggalakkan penyertaan mereka dalam kempen komersial yang dapat membantu meningkatkan prestasi jualan, serta mengoptimumkan pertumbuhan perniagaan dan pembelian oleh pelanggan,” katanya.

Selain itu, pengendali platform e-dagang itu berkata, Lazada University pula menawarkan peluang peningkatan kemahiran kepada peniaga tempatan untuk meningkatkan kemahiran menjual kepada pembeli dalam talian menerusi Masterclass dan pelbagai bentuk latihan.

“Pada masa yang sama, Lazada akan mempromosikan penjualan produk Buatan Malaysia, serta menyerlahkan jenama tempatan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan tempatan kepada para pelanggan di Malaysia.

“Lazada amat berbesar hati dilantik oleh MDEC sebagai salah satu rakan e-dagang bagi JMKM @ DE Dagang. Tahun Tahun-tahun sebelum ini telah membuktikan bahawa e-dagang bukan hanya menjadi talian hayat untuk menampung perniagaan pada masa yang mencabar, tetapi juga mampu memungkinkan pertumbuhan dan ia penuh dengan kebarangkalian yang dapat membangunkan perniagaan tempatan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan, berkata keutamaannya adalah untuk memperkasakan PMKS, justeru memperkembangkan perniagaan dalam talian dan meningkatkan daya saing, di samping membolehkan pelanggan mengakses produk berkualiti pada harga yang berpatutan.

“Kami percaya bahawa e-dagang akan terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi digital dan mewujudkan peluang untuk komuniti setempat dan perniagaan tempatan,” katanya.

DE Dagang adalah kesinambungan inisiatif MDEC yang terdahulu iaitu Shop Malaysia Online dan Go eCommerce.

Pada 2020, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, Lazada Malaysia menjadi platform e-dagang pertama yang menawarkan program insentif ‘Pakej Kedai Pintar Niaga 1.0’ yang mana bantuan pembiayaan sebanyak RM10 juta itu telah berjaya membantu lebih daripada 50,000 PMKS di Malaysia.

Pada 2021, apabila kawalan pergerakan diperketatkan, Lazada menawarkan ‘Pakej Kedai Pintar Niaga 2.0’ dengan bantuan pembiayaan keseluruhan sebanyak RM44 juta dalam usaha membantu 70,000 peniaga tempatan untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka.

Lazada, MDEC anjur Jualan Murah Keluarga Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker