Kerajaan tidak akan tambat ringgit – Tengku Zafrul

Kerajaan tidak akan tambat ringgit – Tengku Zafrul

KERAJAAN melalui Bank Negara Malaysia (BNM) tidak bercadang untuk tambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

Perkara itu ditegaskan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyifatkan langkah tambat ringgit mempunyai risiko dan penggantian yang besar.

Menurut Tengku Zafrul, berdasarkan indikator ekonomi yang dicapai, negara ketika ini jelas tidak berada di dalam situasi krisis kewangan mahu pun ekonomi berbanding tahun 1997 dan 1998.

Seandainya ringgit ditambat, Tengku Zafrul berkata Malaysia perlu mengikut sepenuhnya dasar monetari negara yang mata wangnya menjadi ‘rujukan’ atau asas bagi tambatan ringgit.

“Jika ringgit ditambat, Malaysia akan menghadapi kekangan untuk menetapkan dasar monetari dan rakyat terpaksa menanggung kos pembiayaan yang tinggi walaupun ekadaan ekonomi negara kita tidak sama seperti di AS.

“Langkah tambat mata wang juga perlu dilengkapi dengan langkah kawalan modal bagi mengelakkan pengaliran keluar modal.

“Tindakan ini pastinya akan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul memaklumkan walaupun ringgit telah menurun sebanyak 8.7 peratus berbanding dolar AS sejak awal tahun ini, pelbagai mata wang lain juga merosot dengan kadar lebih ketara.

Kata beliau, yen telah susut sebanyak 19.1 peratus setakat semalam iaitu nilai terendah dalam 24 tahun manakala pound sterling juga turun 15.9 peratus, kadar terendah dalam tempoh 37 tahun.

Tengku Zafrul menjelaskan, antara pendorong penting kepada situasi tersebut termasuk kenaikan kadar faedah yang besar serta agresif oleh Rizab Persekutuan AS secara kumulatif sebanyak 225 mata asas setakat semalam.

“Kadar pertukaran ringgit yang fleksibel pada masa ini merupakan satu dasar penting bagi mengimbangi keperluan untuk menyerap kejutan luaran bagi menyokong aktiviti ekonomi domestik.

“Kerajaan menerusi BNM akan sentiasa memastikan keadaan pasaran kewangan yang stabil dan lancar serta mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan kecairan yang mencukupi serta pasaran yang berdaya tahan bagi memastikan kestabilan nilai ringgit,” jelas beliau. Utv

Kerajaan tidak akan tambat ringgit – Tengku Zafrul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker