Apa gunanya Muhyiddin kekal pengerusi MPN? – Guan Eng
Apa gunanya Muhyiddin kekal pengerusi MPN? – Guan Eng
Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) sama ada perlu dikekalkan atau sebaliknya perlu diputuskan Perdana Menteri ekoran perkembangan semasa melibatkan kedua-dua pemimpin itu pada masa ini.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, ini kerana Muhyiddin tidak seharusnya menyalahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan masalah ekonomi negara, sebaliknya beliau juga perlu memainkan berdasarkan jawatan yang digalasnya kini.
“Apa gunanya mengekalkan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN jika cadangan beliau dan MPN tidak diendahkan dan diketepikan?
“Ismail perlu membuat keputusan sebelum bulan depan sama ada akan tunduk kepada tekanan dan kepentingan politik UMNO yang menggesa pilihan raya umum ketika musim tengkujuh tahun ini. Tetapi dia mesti melakukannya daripada kedudukan yang kuat serta berkuasa dan bukan dengan kerajaan yang berpecah-belah,” katanya menerusi WhatsApp, semalam.
Terdahulu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri menganggap ada keperluan untuk penggantinya Ismail Sabri membubarkan Parlimen secepat mungkin bagi memberi laluan kepada pembentukan kerajaan yang lebih efektif.
Dalam catatan di laman media sosialnya, Muhyiddin menegaskan, apa yang dilihat beliau adalah situasi pengurusan ekonomi dan negara pada masa kini agak meruncing. Utusan
Apa gunanya Muhyiddin kekal pengerusi MPN? – Guan Eng
Baca Artikel Menarik:
- Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ
- Ringgit jatuh ke paras RM4.56 berbanding dolar AS
- Najib sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
- Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
- Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi
- Adakah Pas anggap Muhyiddin musuh utamanya sekarang? – Asyraf
- BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham
- Pemandu samseng jalanan di Bandar Tun Hussein Onn diburu Polis
- Janda diserang dan ditetak bekas suami di tepi jalan
- Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap
- Dulu nak Mora out, sekarang nak balik
- Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa
- Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen
- Adik maut dilibas abang guna parang sabit
- Jangan sampai dipijak orang ketiga – Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.