Kerajaan Buang Duit Bayar Muhyiddin Jadi Pengerusi MPN

Oleh Tun Teja

BANYAK pembaziran berlaku ketika kerajaan campuran ditubuhkan memandangkan Ismail Sabri terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Muhyiddin.

Antara pembaziran yang paling ketara apabila melantik Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN)yang dikatakan bertaraf menteri.



Kos menteri namun tiada fungsi yang mampu membina negara dan membantu rakyat sepenuhnya. Rupa-rupanya Pengerusi MPN tiada kuasa eksekutif untuk mengurus ekonomi dan negara. Kuasa tersebut terletak pada Kabinet yang dipengerusikan perdana menteri, manakala MPN yang dipengerusikan Muhyiddin sekadar majlis penasihat.

Namun rakyat yang terbeban membayar gaji Muhyiddin yang ditolak oleh rakyat atas kegagalan beliau menangani isu Covid dan ekonomi negara.

Fungsi sebenar MPN terbongkar apabila Ismail Sabri menegaskan bahawa jika kerajaan dikatakan gagal menguruskan ekonomi dan negara, ia bermakna MPN juga gagal memandangkan Muhyiddin ditugaskan menjadi penasihat kepada kerajaan.

Ismail Sabri berkata demikian bagi menjawab dakwaan Muhyiddin yang menyalahkan kerajaan Ismail atas kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan keadaan ekonomi pasca pandemik memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat, di mana 61% daripada mereka berada dalam kumpulan berpendapatan terkebawah (B60).



Saranan Muhyiddin agar Ismail membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15, jika gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik dikatakan punca “perang mulut” antara PM ke 8 dan PM ke 9 ini.

Sebenarnya semua pihak mahu PRU-15 diadakan secepat mungkin memandangkan kerajaan campuran ini lebih banyak mengundang masalah daripada menyelesaikan masalah ekonomi negara. Campurtangan Muhyiddin dalam kerajaan Ismail Sabri dikatakan punca pemerintahan tidak berjalan lancar apabila kebanyakkan saranan Ismail ditentang oleh Muhyiddin.

Laungan bubar parlimen semakin kuat kedengaran. Rakyat perlukan negara yang stabil, bukannya kerajaan yang sering diugut dengan “tekan butang”.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker