Syarikat tolak temuduga online dikritik kolot oleh netizen

SINGAPURA – Seorang pemilik sebuah syarikat menjadi mangsa kecaman netizen di Singapura selepas menolak mentah-mentah permintaan seorang pelajar latihan industri yang mencadangkan agar sesi temu duga mereka dilakukan secara online, lapor portal berita Coconuts semalam.

Jeffrey Koh yang memiliki sebuah agensi rekaan alat permainan, berkongsi  tangkap layar perbualannya bersama seorang wanita dikenali sebagai Sarah.

Dia pada awalnya meminta Sarah datang ke pejabatnya untuk ditemu duga sebelum wanita yang difahamkan mahu menjalani latihan industri itu bertanyakan sama ada sesi tersebut boleh berlangsung  secara online.

“Katakan sahaja saya seorang yang kolot, namun saya benar-benar berpendapat bahawa masa depan kita telah musnah.

“Sarah menjadi penyebab mengapa saya lebih memilih untuk menggaji warganegara asing yang benar-benar mahu bekerja di sini (Singapura),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tangkap layar mesej  antara Jeffrey dan Sarah memaparkan wanita itu pada awalnya bersetuju untuk pergi ke pejabat lelaki berkenaan.

Beberapa minit kemudian, dia menghantar pesanan baharu dengan bertanyakan sama ada sesi temu duga boleh dilakukan secara online.

Pertanyaan itu disambut dengan jawapan berbaur kemarahan daripada Jeffrey yang terus membatalkan sesi temu duga dengan Sarah.

Hantaran tersebut menjadi tular dengan sebilangan netizen mengecam serta tidak kurang juga yang mempertahankan tindakan Jeffrey.

“Dia bertanya secara sopan, tidak bolehkah anda menjawab secara profesional? Saya pasti persekitaran bekerja di syarikat anda dipenuhi dengan elemen toksik apabila anda menjawab begitu,” kata seorang netizen.

“Sejujurnya, jika seseorang benar-benar serius mahu bekerja dengan syarikat anda, dia akan berusaha pergi ke pejabat untuk temu duga ,” kata seorang pengguna lain yang menyokong tindakan Jeffrey. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker