PKR mengaku jadi penyamun

PKR mengaku jadi penyamun

Pemimpin Umno, Puad Zarkashi menyindir PKR berhubung lagu kempennya yang dinyanyikan oleh pemimpin tertinggi parti itu, Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Ahli majlis tertinggi Umno itu berkata, menerusi lagu berkenaan, PKR mengaku bahawa mereka adalah penyamun.



“Tadi, dengar juga lagu PKR ‘Akulah Penyamun’. Geli-geleman tengok Anwar dan Rafizi menyanyi ramai-ramai.

“Elok lagu tu. PKR mengaku jadi penyamun. Anwar siap berdiri menyanyi.

“Patut mereka tambah pada lirik lagu tu “akulah penipu, pemfitnah, perogol dan peliwat”.

“Baru lengkap. Lain kali buat pula lagu aku PM tepi. Memang PKR kaki nyanyi rakyat,” katanya dalam kenyataan di Facebook.



Kenyataan itu merujuk kepada lagu kempen PKR bertajuk “Aduh Malaysia” yang digubah oleh penyanyi rap Altimet.

Altimet menyertai PKR awal tahun ini.

Diubahsuai daripada lagu dalam filem Allahyarham P Ramlee – Ali Baba Bujang Lapok pada 1961 – lagu itu berkisar dan menyindir golongan perasuah di negara ini.

Terbaru Anwar dilihat menyanyikan lagu berkenaan pada program Piknik Rakyat anjuran PKR di Port Dickson pada 17 Sept lalu.



Pemimpin PKR itu menyanyikan lagu itu, dengan bait-bait liriknya berbunyi: “Hoi hoi ya hoi / Siapa sokong penyamun / Hoi bangun kian lama mengelamun / Duit kau hangus, semua dia sapu. Mk

PKR mengaku jadi penyamun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti



Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker