Kerajaan Melayu (Muhyiddin & Ismail Sabri) telah gagal – Tommy Thomas

Oleh Tun Teja

ERA pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan merupakan satu tempoh yang menyiksakan bagi rakyat Malaysia. Tidak cukup dengan rakyat disuruh ikat perut, mereka juga diminta memberi derma bagi membolehkan PH memerintah.

Ironinya, bagi menutup kejahatan kerajaan PH, mereka membandingkan pentadbiran DAP tersebut dengan kerajaan Muhyiddin dan Ismail Sabri. Apa yang pasti mereka tidak berani membandingkan kerajaan PH dan kerajaan Najib memandangkan Najib telah membawa negara maju dan makmur jauh melangkaui masa.

Bekas peguam negara Tommy Thomas yang menjadi jurucakap PH telah menyelar dua pentadbiran kerajaan selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 2020, mengatakan ia menunjukkan kegagalan kerajaan yang didominasi etnik Melayu.

“Kerajaan Melayu (Muhyiddin dan Ismail Sabri telah gagal,” kata Tommy Thomas.

Media melaporkan Tommy mendakwa dua pentadbiran selepas PH pada 2020 yang didominasi pemimpin Melayu sebagai kerajaan gagal, ketika menghadiri forum di Kuala Lumpur.

Akhirnya Tommy mendedahkan sikap rasis melampau beliau dengan mengesyorkan PH menggunakan naratif kerajaan Melayu telah gagal dalam menghadapi pilihan raya umum ke 15(PRU-15) akan datang.

Rata-rata rakyat Malaysia mengecam kenyataan Tommy Thomas tersebut. Beliau dilihat sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab dan boleh merosakkan perpaduan di antara kaum.

Tommy dilihat cuba menangguk di air keruh serta memporak-perandakan kesepaduan antara kaum di negara tercinta ini dengan membuat kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan rasis.

Tambahan pula kerajaan Muhyiddin dan Ismail Sabri turut didokong oleh semua kaum (MCA, MIC) termasuk parti-parti pelbagai kaum daripada Sabah dan Sarawak.

Adakah maksud sebenar Tommy lebih menjurus kepada jawatan Perdana Menteri? Mungkinkah DAP sedang mensasarkan jawatan tersebut?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker