China bengang kenyataan Biden akan pertahan Taiwan dari serangan China

China bengang kenyataan Biden akan pertahan Taiwan dari serangan China

BEIJING: Kementerian Luar China pada Isnin telah menyampaikan bantahan rasmi kepada America Syarikat (AS), selepas Presiden Joe Biden mengeluarkan kenyataan bahawa AS akan mempertahan Taiwan sekiranya diserang China.

Reuters melaporkan, China menegaskan ia berhak untuk mengambil tindakan sebagai balasan kepada sebarang perkara yang disifatkan memecahbelahkan negaranya, ujar jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam satu sidang media.

“Kami akan lakukan yang terbaik untuk mencapai penyatuan yang aman. Pada masa yang sama, kami tidak akan bertoleransi dengan sebarang aktiviti yang bersifat memecahbelahkan,” tegasnya.

Mao Ning juga mendesak AS supaya mengendalikan isu berkaitan Taiwan secara berhati-hati dan mengikut saluran yang sepatutnya, serta tidak menyampaikan isyarat salah kepada kumpulan pemisah Taiwan.

Amaran juga diberi kepada AS agar tidak merosakkan hubungan Sino-AS dan keamanan di Selat Taiwan.

“Hanya ada satu China di dunia, dan Taiwan adalah sebahagian daripada China. Pemerintah Republik Rakyat China adalah satu-satunya pemerintah yang sah di China,” kata Mao. Aw

China bengang kenyataan Biden akan pertahan Taiwan dari serangan China


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker