Tumbuk, tendang isteri kerana ajak anak bekerja
Tumbuk, tendang isteri kerana ajak anak bekerja
Sungai Petani: Niat seorang ibu mengajak anak sulung mencari pendapatan dengan bekerja di kedai haiwan peliharaan bertukar menjadi tragedi apabila mukanya ditumbuk dan pinggang ditendang suami ketika berada di rumah mereka di Sungai Lalang, Bedong, Sabtu lalu.
Dalam kejadian pada 11 malam itu, wanita malang terbabit berusia 37 tahun itu pada mulanya bertengkar dengan suami yang berusia 39 tahun selepas lelaki itu mengetahui anak mereka mahu mengikutnya bekerja secara sambilan.
Menurut sumber, suami enggan membenarkan anak lelaki mereka yang berusia 17 tahun itu mengikut isteri bekerja tanpa sebarang alasan sebelum berlaku kekecohan dan pertengkaran antara pasangan terbabit.
“Ketika bertengkar, suami wanita terbabit tidak dapat mengawal kemarahan dan dia secara tiba-tiba bertindak luar dugaan apabila menampar muka dan menendang pinggang isterinya.
“Wanita terbabit hanya mampu merintih menahan sakit sambil dilihat empat anaknya dan dia yang sudah tidak tahan dengan kelakuan suami membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.
Sumber berkata, susulan daripada laporan dibuat mangsa, polis menahan suspek yang ketika itu berada di rumah kira-kira jam 5 petang semalam.
“Hasil siasatan lanjut, isterinya mendakwa suspek memang seorang yang agak panas baran selain gemar minum air ketum dan kerap memanggilnya dengan panggilan pelacur.
“Selain itu, ini juga adalah kali ketiga wanita berkenaan membuat laporan polis selepas menjadi mangsa pukul namun dia menarik kembali laporan sebelum ini kerana kasihan selain mendakwa mahu memberi peluang untuk lelaki itu berubah,” katanya.
Sumber berkata, bagaimanapun lelaki terbabit langsung tidak menghargai pengorbanan isterinya itu dan dia tetap dengan perangai lama yang mudah naik angin dan gemar memukul mangsa tanpa sebab.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan juga penahanan suspek.
“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya. HM
Tumbuk, tendang isteri kerana ajak anak bekerja
Baca Artikel Menarik:
- Lagu Maya Karin hantui penduduk sampai awal pagi
- 15 tahun nikah tidak pernah ‘dijamah’ suami
- Mahukan peguam negara telus, responsif? Jadikan dia ahli Jemaah Menteri – Zaid
- Serah dirilah, polis dah cari tu..
- Isteri cekup suami beromen dengan bekas kekasih dalam bilik tidur
- Ahli Parlimen Bukit Gantang perlu akur keputusan parti – Bersatu
- 6 kertas siasatan kes amang seksual pendakwah selebriti, bakal didakwa
- ‘Roslan Shah Patut Minta Maaf, Bukan Saya’ – Jamal Abdillah
- Ahmad Zahid Beri Isyarat PM Kekal Jika BN Menang PRU-15
- Ini rahsia bagaimana bilionair India jadi nombor 2 terkaya dunia
- Tuan Guru Haji Hadi, apa perlunya melabel orang tak beriman?
- Ketua Pemuda PN perli BN
- Pendapatan penyanyi jalanan buat juruwang terkejut [VIDEO]
- Bapa kepada Puteri Balqis disambung reman tiga hari lagi
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Tetak ibu sampai mati demi wang pusaka RM50,000
- Tiara bangga pencapaian anak menang emas acara Jujitsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?
You must be logged in to post a comment.