Taman hantu ditutup selepas penduduk terganggu dengan jeritan pengunjung

engunjung dibawa menaiki trak kuning melalui beberapa laluan seram. (Gambar Facebook)

REMBAU: Polis mengarahkan sebuah taman berkonsepkan seram di Kampung Pulau Bongek di sini ditutup selepas penduduk mengadu terganggu dengan jeritan pengunjung yang ketakutan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Hazri Mohamad berkata, polis menerima aduan penduduk yang terganggu dengan bunyi bising di tapak perniagaan yang dikenali sebagai ‘Misteri Trak Kuning’ antara 9 malam hingga 1 pagi.

Katanya, penduduk terganggu dengan jeritan pelanggan dari kawasan berkenaan hingga menganggu masa rehat dan tidur penduduk kampung.

“Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan masih belum memperolehi apa-apa lesen atau permit hiburan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)



“Pemilik perniagaan ini juga akur untuk menutup perkhidmatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut laporan Kosmo!, ‘Misteri Trak Kuning’ adalah idea sekumpulan anak muda yang menawarkan pengalaman menyeramkan kepada pengunjung pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Pengunjung akan dibawa menaiki sebuah trak pikap kuning dan melalui kawasan hutan dan dikejutkan dengan kemunculan beberapa `hantu’.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh



Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker