Tarikh PRU dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat – Ismail
Tarikh PRU dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat – Ismail
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dijangka membawa cadangan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat iaitu pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada lusa.
Beliau berkata, ia berikutan ada wakil daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di dalam kerajaan.
Katanya, beliau akan membawa pendapat semua pihak berhubung bila tarikh PRU patut diadakan
“Kalau Muhyiddin (Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin) kata nak PRU-15 cepat, kita akan bincang dalam mesyuarat kabinet kerana ada wakil parti dalam kabinet. Ada wakil Bersatu, GPS dan Umno.
“Secepat mungkin, mungkin lebih mendahului daripada Top Five. Rabu ini akan ada mesyuarat kabinet sebelum berlepas ke Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).
“Mungkin saya boleh bawa dalam mesyuarat kabinet minggu ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Tenaga Negara 2022-2040, di sini, hari ini.
Kenyataan Perdana Menteri itu selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali seperti diperuntukkan selainnya oleh perlembagaan ini, tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.
Ismail Sabri berkata, perkara yang akan dibincangkan mungkin membabitkan pembentangan situasi ekonomi negara untuk mengetahui sama ada pentadbirannya berjaya atau gagal mengendalikan ekonomi negara.
Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed akan diminta membentangkan laporan berkenaan itu kepada kabinet.
Selain itu, beliau berkata, perkara membabitkan kekangan cuaca seperti banjir dan bencana alam lain akan turut dibincangkan.
Ismail Sabri berkata, tarikh pilihan raya belum dibincangkan dengan kepemimpinan tertinggi Umno.
Katanya, pada kebiasaannya ada mesyuarat dengan lima kepemimpinan utama Umno serta Biro Politik parti.
“Saya belum dapat lagi tarikh tapi tarikh untuk Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sudah ada iaitu 30 September ini. Mungkin petang itu kita akan bincang,” katanya.
Ditanya kenyataan Muhyiddin bahawa pilihan raya perlu diadakan segera jika beliau terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, Ismail Sabri berkata, pengurusan ekonomi dijaga oleh Mustapa manakala Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan Muhyiddin pula menasihatkan kerajaan dari segi ekonomi.
“Kalau gagal maknanya semua gagal. Semua gagal termasuk Majlis Pemulihan Negara juga gagal.
“Jadi saya tidak tahu apa cerita sebenarnya dan hari ini baru tahu. Saya belum baca perinciannya lagi,” katanya.
Ismail Sabri berkata, beliau sendiri sudah memaklumkan pada Perhimpunan Pemuda Barisan Nasional (BN) bahawa PRU15 akan diadakan dalam waktu terdekat. HM
Tarikh PRU dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Lagu Maya Karin hantui penduduk sampai awal pagi
- 15 tahun nikah tidak pernah ‘dijamah’ suami
- Mahukan peguam negara telus, responsif? Jadikan dia ahli Jemaah Menteri – Zaid
- Serah dirilah, polis dah cari tu..
- Isteri cekup suami beromen dengan bekas kekasih dalam bilik tidur
- Ahli Parlimen Bukit Gantang perlu akur keputusan parti – Bersatu
- 6 kertas siasatan kes amang seksual pendakwah selebriti, bakal didakwa
- ‘Roslan Shah Patut Minta Maaf, Bukan Saya’ – Jamal Abdillah
- Ahmad Zahid Beri Isyarat PM Kekal Jika BN Menang PRU-15
- Ini rahsia bagaimana bilionair India jadi nombor 2 terkaya dunia
- Tuan Guru Haji Hadi, apa perlunya melabel orang tak beriman?
- Ketua Pemuda PN perli BN
- Pendapatan penyanyi jalanan buat juruwang terkejut [VIDEO]
- Bapa kepada Puteri Balqis disambung reman tiga hari lagi
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Tetak ibu sampai mati demi wang pusaka RM50,000
- Tiara bangga pencapaian anak menang emas acara Jujitsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?
You must be logged in to post a comment.