PAS hidup dua alam – Amanah Kedah

PAS hidup dua alam – Amanah Kedah

Keinginan Abdul Hadi Awang agar Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) meraih sokongan pengundi bukan Melayu seperti diperolehi DAP sifatkan sebagai tidak berpijak di bumi nyata.

Pengerusi Amanah Kedah, Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkata kenyataan dibuat presiden PAS di akhir muktamar parti itu baru-baru ini membayangkan mereka sebenarnya berada di dua alam yang berbeza.

Selepas meninggalkan Pakatan Rakyat (Pakatan), kata Phahrolrazi, Abdul Hadi membawa PAS untuk bersama dengan Umno dengan menekankan perjuangan Melayu-Islam.



“Perjuangan penyatuan ummah yang dicanang ditujukan kepada siapa? Rasanya rakyat Melayu, rakyat Islam. Itu sudah jadi dasar utama PAS.

“Tiba-tiba sekarang dia suruh DHPP dapatkan undi orang Cina, orang bukan Melayu. Macam mana DHPP nak buat?

“Sebelum ini Abdul Hadi meletakkan asas bahawa PAS itu sebenarnya sebuah parti berteraskan Melayu-Islam, tapi kemudian dia suruh DHPP ajak pengundi bukan Islam, bukan Melayu untuk sokong PAS,” katanya kepada Malaysiakini di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Dia yang juga anggota Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional menambah, tidak dapat diterima akal apabila PAS – yang menggambarkan parti itu sebagai pejuang kepentingan Melayu Islam – meletakkan calon dari DHPP dan berharap mereka mendapat undi orang bukan Melayu Islam.



“Tak boleh…. rakyat pun faham parti itu sebenarnya sedang menuju ke mana,” katanya lagi.

Terdahulu Phahrolrazi diminta mengulas mengenai seruan Abdul Hadi kepada DHPP agar mereka menarik sebanyak mungkin sokongan pengundi bukan Melayu apabila bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Semasa ucapan penggulungannya Abdul Hadi berkata tidak ada sebab mengapa DHPP tidak boleh mendapat undi tersebut kerana DAP sudah melakukannya sebelum ini.

Tak ada untung politik



Kata ahli parlimen Marang berkenaan, DAP meletakkan calon orang India di kawasan majoriti pengundi Cina dan mampu memenangi kerusi berkenaan.

Phahrolrazi berkata, berdasarkan sikap ditunjukkan PAS sekarang, mustahil untuk mereka dapat menawan hati pengundi bukan Melayu.

“Takkan dia (PAS) tak faham yang dia cakap itu saling bertentangan, terutamanya apabila bercakap mengenai PAS bersefahaman dengan Umno.

“Semasa sesama sendiri, PAS cakap ‘kami nak Islam’ itu ini, tapi apabila PAS duduk bersama Umno, dia tak kata dia nak buat Islam pun,” katanya.

Menurut Adun Alor Mengkudu itu lagi, sebelum ini PAS menegaskan mereka hanya boleh menerima Umno sekiranya parti terbabit menerima dasar al-Quran dan sunnah serta melaksanakan Islam.

Namun katanya ketika ini PAS tidak lagi menekankan syarat tersebut, sebaliknya terus berasa memadai dengan mengulang-ulang isu perpaduan Melayu-Islam

“Apakah PAS akan beruntung apabila Abdul Hadi bercakap soal orang bukan Melayu menjadi punca rasuah dan pada masa sama mengharapkan DHPP melawan pengaruh DAP.

“Akhirnya kita nak tanya: presiden PAS ini nak macam mana? Apa sebenarnya yang dia nak?

“Untungkah dari segi politik apabila Abdul Hadi dan PAS cakap orang bukan Islam dan bukan bumiputera punca amalan rasuah di negara ini? Tak ada siapa pun yang waras akan kata PAS untung,” tegasnya. Mk

PAS hidup dua alam – Amanah Kedah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker