Imej Nebula Orion dirakam

Imej Nebula Orion dirakam

Pasukan penyelidik antarabangsa pada Isnin mendedahkan imej pertama Nebula Orion yang dirakam dengan Teleskop Angkasa James Webb.0

Lokasi imej itu dikesan di buruj Orion yang terletak dalam jarak 1,350 tahun cahaya dari bumi.



Persekitaran yang sama dalam sistem suria yang dipercayai sudah wujud lebih daripada 4.5 bilion tahun lalu.

Ahli astronomi berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang berlaku pada sejuta tahun pertama evolusi bumi.

Imej itu diperoleh sebagai sebahagian daripada Program Sains Keluaran Awal yang membabitkan lebih 100 saintis dari 18 negara.

Kajian itu juga turut dijalankan bersama beberapa institusi termasuk Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis (CNRS), Universiti Barat di Kanada dan Universiti Michigan, Amerika Syarikat (AS).



“Kami terpesona dengan imej Nebula Orion yang menakjubkan.

“Imej baharu ini membolehkan kita memahami dengan lebih baik bagaimana bintang besar mengubah gas dan awan debu,” kata ahli astrofizik Universiti Els Peeters dalam satu kenyataan.

Imej nebula kabur kerana dikesan daripada habuk menyebabkan ia mustahil untuk dilihat menerusi teleskop cahaya Teleskop Angkasa Hubble.

Teleskop Webb boleh beroperasi dalam spektrum inframerah dan menembusi habuk.



Ini mendedahkan banyak struktur yang menakjubkan mengenai saiz sistem suria. HM

Imej Nebula Orion dirakam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida



Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker