Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai

Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai

Penyanyi dan komposer dari Singapura, Afrah Athasha, 24, bersyukur dapat bertemu arwah bapanya, Allahyarham Aman Shah pada majlis pertunangannya di Singapura pada 3 September lalu selepas hampir 20 tahun terpisah.

Biarpun, ia menjadi pertemuan terakhir, Afrah atau nama pentasnya, Zalelo tetap berpuas hati dapat memperkenalkan tunangnya, selain mempertemukan semula ibu dan arwah bapanya.

“Alhamdulillah, saya dapat membawa arwah yang ditemani adiknya, Datuk Abdul Nasser Abu Kassim ke Singapura. Arwah pun sudah lama tidak datang ke sini.

“Saya dan arwah dapat meluangkan masa selama lima hari. Arwah sempat menemui bakal suami dan ibu selepas sekian lama mereka tidak berjumpa.

“Hubungan arwah dan ibu, Alhamdulillah baik-baik sahaja. Sehingga saat ini, ibu tidak pernah berkahwin lain.

“Apa yang saya tahu, arwah adalah cinta pertama dan hanya satu-satunya lelaki dicintai ibu.

“Banyak hikmah di sebalik pertemuan ini, segala-galanya sudah Allah atur. Hubungan kami semakin akrab,” katanya kepada BH Online.

bersama vokalis kumpulan duo, The Queens dari Singapura, Farah Diba Abdul Aziz.

Ketika menyertai program hiburan, Pusparama di Singapura, arwah bertindak sebagai hos dan jatuh cinta pandang pertama kepada Farah Diba yang turut membuat persembahan.

Setahun berkenalan, Farah Diba berasal dari Bedok, Singapura ditunangkan bersama arwah pada usia 14 tahun.

Mereka bercinta selama enam tahun dan akhirnya, Aman Shah dan Farah Diba bersanding di Bedok Tampines, Singapura selepas bernikah gantung di Jelebu, Negeri Sembilan pada 1980-an.

Namun, perkahwinan keduanya tidak kekal lama dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Afrah berkata, dia dan arwah dipertemukan semula, tiga tahun lalu.

“Hubungan saya dan arwah kembali rapat sejak 2019. Namun, kami tidak sempat bertemu selepas penularan pandemik COVID-19, tidak lama kemudian.

“Selalunya, kami hanya berbual menerusi panggilan video, tetapi saya tak puas. Alhamdulillah, arwah hadir pada majlis pertunangan saya di Into The Woods@213 Lavender Street, Singapura,” katanya yang ditemui pada majlis pengebumian arwah Aman Shah, semalam.

Katanya, dia dan arwah banyak berkongsi cerita, apatah lagi, mengejar impian sama bergelar anak seni.

“Kami berkongsi impian sama. Saya suka menyanyi dan berlakon seperti arwah.

“Mulanya, arwah agak bimbang sekiranya saya tidak boleh menempuh hidup sebagai anak seni. Ini disebabkan arwah sendiri melalui banyak kisah baik dan buruk sepanjang bergelar artis.

“Bagaimanapun, saya dapat membuktikan boleh menjaga diri dan tidak terkesan dengan dunia glamor yang menguasai diri,” katanya.

Afrah menambah, arwah juga menitipkan banyak nasihat buatnya.

“Arwah menyokong kerjaya seni, malah, kami merancang berkolaborasi menerusi lagu Kepulangan Yang Di Nanti apabila saya memasuki pasaran di Malaysia.

“Namun, nampaknya tidak sempat. Saya akan selalu ingat pesanan arwah agar pandai menjaga diri, jangan memalukan keluarga dan sentiasa menjadi manusia baik.

“Saya tahu dunia glamor boleh mengubah manusia, tetapi pesanan arwah menjadi panduan hidup saya,” katanya.

Katanya, dia datang ke Kuala Lumpur disebabkan menerima tawaran persembahan dan rakaman, semalam.

“Saya tahu arwah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan memasang kateter belon atau sten, semalam (kelmarin).

“Namun, saya tak sangka keadaan arwah tiba-tiba menjadi kritikal. Ini kerana kami sempat bergurau, arwah beritahu nak balik cepat dan makan sedap-sedap.

“Namun, saya terkejut mendapat panggilan meminta saya dan adik-beradik datang segera. Tetapi, arwah pejam mata ketika saya masih dalam penerbangan. Apabila tiba di Kuala Lumpur, telefon saya berdering tidak henti.

“Walaupun tidak berada di sisi arwah sebelum menghembus nafas terakhir, tetapi saya dan abang tetap bersyukur dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir,” katanya.

Terdahulu, jenazah pelakon filem Darah Satria itu dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras untuk penghormatan terakhir, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, jam 10 malam tadi.

Allahyarham Aman Shah, 68, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), jam 2.20 petang, semalam.

Dilahirkan di Johor Bahru, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Adikku Pandai Menari itu meninggalkan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinannya. BH

Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker