Elok KJ Jumpa Najib Bincang Pasal Ubat

Oleh Tun Teja

KEADAAN kesihatan Datuk Seri Najib Tun Razak terjejas ekoran mendapat ubat berlainan(original vs generic) daripada kebiasaan beliau mengundang kritikan yang buruk terhadap Kementerian Kesihatan yang diterajui Khairy Jamaluddin (KJ).

Memang KJ membuat beberapa kenyataan balas berkenaan perkara tersebut di media arus perdana dan media sosial namun tindakan tersebut dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah sebenar.

Masalah kesihatan bukan perkara kecil. Tambahan pula ianya melibatkan nyawa Datuk Seri Najib yang banyak berkorban dan berjasa kepada rakyat Malaysia.

Adakah KJ enggan berjumpa Datuk Seri Najib untuk menyelesaikan masalah tersebut sedangkan KJ pernah beberapa kali menjadi Menteri dibawah pentadbiran kerajaan beliau? Persoalan mengenai Datuk Seri Najib dinafikan perbicaraan yang adil sehingga dipenjarakan juga masih hangat diperkatakan. Oleh itu, adalah sangat tidak beretika untuk KJ prejudis terhadap pemimpin hebat seperti DSN.

Dalam kenyataan terbaru KJ, beliau mengatakan Najib boleh menggunakan ubat darah tingginya sendiri jika tidak mahu menggunakan ubat yang dibekalkan Kementerian Kesihatan. Beliau sudah memeriksa prosedur Jabatan Penjara dan perkara tersebut dibenarkan.

KJ berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zaid Ibrahim yang menggesa KKM memberikan kepada Najib ubat yang selalu digunakan untuk rawatan penyakit darah tingginya.

KKM dibawah KJ dikatakan menafikan hak Najib. Eloklah KJ berjumpa dengan Najib sendiri untuk menjelaskan dan berbincang mengenai ubat beliau. Jangan sampai rakyat melihat KJ sebagai individu kejam yang tidak mengenang budi. Hidup bagaikan roda. Kifarah itu pasti.

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker