Hikmah angka 40 dalam Islam

Addin

Hikmah angka 40 dalam Islam

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. mengatakan, “Rasulullah s.a.w. telah memberi batasan waktu kepada kami bagi memotong misai, kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu kemaluan, supaya tidak dibiarkan lebih daripada 40 hari.” (HR Muslim).

Bagi menafsirkan hadis ini, ulama berpandangan bahawa jumlah 40 hari itu merupakan cadangan Nabi s.a.w. dan bukanlah suatu kewajipan. Namun disunatkan memotongnya apabila kuku telah panjang.



Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa yang dimaksudkan hadis di atas adalah janganlah sampai kuku, rambut-rambut dan bulu-bulu yang disebut di dalam hadis tersebut dibiarkan panjang lebih dari 40 hari. (Syarh Sahih Muslim).

Untuk mengetahui sesuatu hukum menjadi wajib atau sunat kita perlu melihat kepada kesannya. Sebagai contoh, dalam perihal wudhu dan mandi wajib, apabila kuku tersebut panjang hingga menghalang air daripada rata ke seluruh badan atau tidak meratakan bahagian yang digunakan untuk berwudhu maka pada saat dan ketika itu adalah wajib dipotong kuku berkenaan.

Wajib dipotong kuku dengan sebab mandi wajib itu menjadi tidak sah jika tidak dipotong. Begitu juga tidak sah wudhuknya. Malah, menurut pendapat Imam as-Syafie adalah disunatkan memotong kuku pada setiap hari Jumaat.

Imam an-Nawawi mengatakan, Imam as-Syafi’i dan para ulama Mazhab Syafi’iyyah menegaskan, dianjurkannya memotong kuku dan mencukur bulu-bulu di badan (misai dan bulu kemaluan) pada hari Jumaat. (Al- Majmu’ Syarh Muhazzab).



Juga disebut di dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum Baginda keluar bersembahyang. (HR Bazzar dan Tabrani)

Kenapa 40?

Sementara itu perbahasan ulama berkaitan dengan angka 40 ini adalah panjang. Bahkan, perbahasannya perlu melihat kepada konteks dan perbincangannya. Sebagai contoh, kisah Nabi Musa yang disyaratkan berpuasa selama 30 hari pada bulan Zulkaedah.

Ketika mahu bermunajat, Baginda beranggapan bau mulutnya kurang menyenangkan. Lantas Baginda menggosok gigi dan mengunyah daun kayu, lalu perbuatannya ditegur malaikat dan Baginda diwajibkan berpuasa 10 hari lagi. Dengan itu puasa Nabi Musa genap menjadi 40 hari. Hikmahnya 40 hari itu adalah untuk mendidik Nabi Musa a.s. di atas kesalahan yang Baginda lakukan.



Malah, melalui kisah Nabi Musa juga, Allah mengenakan hukuman kepada Bani Israel yang menolak perintah Allah dengan mengharamkan mereka memasuki Palestin selama 40 tahun. Selama itu mereka berkeliaran di atas muka bumi tanpa tempat yang tetap disebabkan sesat di padang pasir.

Mereka hidup dalam kebingungan sehingga semuanya musnah. Setelah itu Palestin kemudiannya dihuni oleh generasi baru. Kisah ini menunjukkan bahawa hikmah angka 40 tahun itu adalah sesuai dengan pembinaan satu-satu generasi yang baharu.

Dari sudut pembinaan dan perkembangan janin juga kita boleh lihat yang mana Allah menjadikan 40 hari pertama janin masih berbentuk nuthfah. 40 hari kedua berbentuk gumpalan darah dan 40 hari berikutnya menjadi segumpal daging sebelum ditiupkan roh. Hikmahnya adalah menunjukkan setiap 40 hari itu sudah cukup untuk kematangan sesuatu perkara seterusnya bersedia untuk proses perubahan yang seterusnya.”

Jika melihat kebiasaan orang yang pergi Haji dan Umrah pula akan mengambil masa lebih kurang 40 hari sahaja di sana. Antara hikmahnya adalah kebiasaan manusia ini perlu kembali ke tempat asalnya setelah sekian lama bermusafir di negara lain kerana jumlah 40 hari ini sudah cukup lama buat si musafir. Malah ia merupakan ruang lingkup yang cukup baik untuk melakukan perubahan diri sepanjang melakukan ibadah Haji dan Umrah di Baitullah.



Malah, Imam Nawawi juga di dalam kitab hadis terkenalnya iaitu Kitab Hadis 40 juga meletakkan angka 40 dengan hikmahnya adalah menunjukkan hadis-hadis yang disenaraikan itu sudah cukup untuk menggambarkan keseluruhan ajaran Islam dengan merangkumi aspek akidah, ibadah, akhlak dan sebagainya.”

Oleh sebab itu, sebutan ulama berkaitan dengan angka 40 adalah disebabkan di dalam al-Quran dan hadis, Allah dan Rasul menggunakan angka 40 ini sebagai proses didikan dan tarbiyyah. Dengan itu, tafsiran angka 40 ini berbeza-beza mengikut konteks dan perbincangannya. Wallahu a’lam Utv

Hikmah angka 40 dalam Islam


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]



Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker