Alif Satar saksi ‘perjalanan terakhir’ Ratu Elizabeth II

Alif Satar saksi ‘perjalanan terakhir’ Ratu Elizabeth II

EDINBURGH – Penyanyi dan juga pengacara Alif Satar tidak menyangka percutiannya bersama keluarga ke England dan Scotland memberi peluang kepadanya menyaksikan sendiri perarakan kereta membawa keranda mendiang Ratu Elizabeth II, semalam.

Kejadian tidak dirancang itu berlaku sewaktu Alif bersama isteri serta tiga orang anaknya baru tiba di bandar Edinburgh, Scotland dan sedang dalam misi mencari nasi briyani di bandar tersebut.

“Semalam kami meninggalkan hotel The Gleneagles untuk menuju ke Edinburgh. Sampai sahaja di Edinburgh, kami tinggalkan kereta dan berjalan kaki menuju ke bandar untuk mencari makan tengah hari.

“Sedang kami berjalan mencari nasi briyani (sebab dah seminggu tak makan nasi), jalan semua ditutup. Nak melintas pun tidak boleh sebab orang terlalu ramai. Rupa-rupanya ada perarakan kereta membawa keranda mendiang Ratu Elizabeth II,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Dalam hantaran itu juga, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku turut berkongsi video menunjukkan ‘perjalanan terakhir’ jasad Ratu Elizabeth II dengan beribu-ribu rakyat jelata yang berkabung, berbaris di sepanjang laluan perarakan keranda baginda di Scotland di mana baginda mangkat.

Dalam ruangan komen, rata-rata menyifatkan percutian Alif bersama keluarganya cukup bermakna kerana dapat menyaksikan sendiri kejadian yang mungkin boleh dilihat seumur hidup sahaja.

“Awak sangat bertuah dapat menyaksikan pengalaman seumur hidup bersama anak-anak,” kata seorang pengikutnya.

“Kamu menjadi saksi kepada suatu kejadian sejarah,” kata seorang lagi pengikutnya.

Untuk info, perarakan keranda oak dari Istana Balmoral ke bandar Edinburgh itu menandakan bermulanya acara perkabungan di seluruh negara yang berakhir di London pada 19 September ini.

Kenderaan Diraja yang membawa keranda monarki paling lama berkhidmat di Britain itu dilaporkan melakukan perjalanan selama enam jam melalui beberapa bandar di Scotland sebelum tiba di Edinburgh.

Di Edinburgh, jasad mendiang akan disimpan selama dua hari bagi memberi peluang kepada rakyat memberikan penghormatan terakhir.

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun selepas dilaporkan menghidap ‘episodic mobility problems’, sejak hujung tahun lalu.

Baginda mangkat dalam keadaan tenang di Istana Balmoral, Scotland, selepas 70 tahun menjadi pemerintah Britain. K Online

Alif Satar saksi ‘perjalanan terakhir’ Ratu Elizabeth II


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker