Khairy bertanding di Kedah?

Khairy bertanding di Kedah?

“Hari ini saya berada di sini untuk berbincang dan berunding (bertanding kerusi Parlimen) dengan Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor),” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian secara berseloroh selepas diminta mengulas sama ada ada mana-mana negeri telah menawarkan beliau bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya, tidak mustahil perkara itu berlaku kerana ibunya berasal dari Kedah.

“Mak saya dari Kedah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha di sini, hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berada disisinya pada sidang itu turut mencelah dengan berkata, “Dialu-alukan… tadi dengar sebut Aloq Setaq, Aloq Setaq, cakap Kedah elok dah.”

Khairy kemudian dilihat tidak mahu memanjangkan isu itu dan menamatkan sidang media dengan berkata “Tak apalah.”

Baru-baru ini, Khairy mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau sebagai memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. BH

Khairy bertanding di Kedah?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker