FMJ 2022: Johor mahu jadi nombor satu
FMJ 2022: Johor mahu jadi nombor satu
ISKANDAR PUTERI: Johor terus komited bagi memastikan sektor pelancongannya kembali berada pada landasan terbaik pasca pandemik Covid-19, sekali gus menjadi destinasi tumpuan nombor satu dalam negara.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu boleh dicapai dengan kerjasama erat pelbagai agensi berkaitan termasuk kerajaan, swasta, pemain industri dan individu.
Menurutnya, sasaran itu juga tidak mustahil kerana Johor telah mencapai kedudukan nombor satu dalam sektor pelaburan dan sukan bola sepak di negara ini.
“Kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Piala FA sesungguhnya membawa seribu erti dan makna kepada kita kerana nama JDT telah dibawa ke suatu tahap yang cukup membanggakan.
“Saya juga mahu melaporkan bahawa pada tahun ini, Johor telah merekodkan nilai pelaburan tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak RM60.9 bilion. Pelaburan dan bola sepak Johor sudah menjadi nombor satu.
“Insya-Allah, pada tahun ini kita juga mahu memastikan Johor akan menjadi nombor satu dalam sektor pelancongan negara,” katanya semasa merasmikan Festival Majestic Johor (FMJ) 2022 di Puteri Harbour, di sini malam tadi.
Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar dan Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim.
Justeru, Onn Hafiz mengajak semua rakyat negeri ini supaya memainkan peranan dengan menjadi duta kecil bagi mengharumkan nama negeri, sekali gus mempromosikan kepelbagaian tarikan pelancongan di negeri ini.
“Negeri Johor telah dikurniakan dengan pelbagai pemandangan yang cukup indah termasuk di enam taman negara dan di hampir 130 pulau di daerah Mersing.
“Ini bermakna, dari segi warisan juga, Johor mempunyai kelebihan yang sangat membanggakan dan ini belum lagi bercakap soal makanan tradisi dan budaya tempatan penduduknya. Jadi, marilah sama-sama kita menjadi duta negeri ini untuk mengharumkan namanya,” ujarnya.
Sementara itu, Raven Kumar memberitahu, Festival Majestic Johor 2022 turut menjadi platform bagi kerajaan negeri membantu pengusaha pelancongan dan peniaga merancakkan kembali ekonomi mereka pada pasca pandemik Covid-19.
“Kita bagi bantuan kepada pengusaha tempatan untuk menjalankan perniagaan di sini sepanjang tempoh 11 hari festival ini berlangsung.
“Ketika pandemik Covid-19, kerajaan negeri banyak memberi sumbangan kepada penggiat pelancongan dan apabila sudah beralih ke fasa endemik, kita adakan festival untuk merancakkan semula sektor ekonomi masyarakat,” jelasnya.
FMJ 2022 disasarkan dapat menarik kehadiran antara 500,000 hingga 700,000 pengunjung domestik dan luar negara menerusi 32 acara utama termasuk pertunjukan sukan tempur Muay Thai, persembahan kebudayaan, permainan tradisional dan konsert artis terkenal tanah air.
Festival berskala mega itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), UEM Sunrise dan Iskandar Puteri Tourism Action Council (IPTAC). Utusan
FMJ 2022: Johor mahu jadi nombor satu
Baca Artikel Menarik:
- Kesan teruk ubat darah tinggi, Najib dirujuk ke Hospital Kajang
- Stesen minyak terbiar Salor berhantu
- Juruterbang helikopter terhempas disahkan maut
- Isu konsert artis antarabangsa: “Jangan sia-siakan masa” – Prof. Muhaya
- Ismail saman Lokman berhubung kenyataan fitnah menerusi media sosial
- Rakyat berhak bersuara isu Najib
- JIka BN menang PRU-15, tiada siapa akan dibalas dendam
- Yonnyboii ungguli Album Terbaik AIM 23, Bolot RM200,000
- Dulu penyokong tegar, kini atas pagar
- Polis siasat dua lagi kes pendakwah selebriti di N. Sembilan
- Kepala mangsa serangan buaya ditemui
- Jom Hilangkan Stres…Inilah Dia 6 Homestay Yang Anda Patut Cuba Untuk Hilangkan Stres
- Erra Fazira Minta Maaf Tidak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Shahir AF
Layari Laman Facebook MYKMU.NET