Cara mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Cara mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia
TABLET percuma khas untuk pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)! Ibu-ibu atau ayah-ayah juga perlu tahu cara memohon untuk anak, adik-beradik atau saudara mara.
Seperti yang semua sedia maklum, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih telah melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar kategori B40 di IPT.
Inisiatif tersebut diberikan bertujuan untuk memastikan pelajar IPT mempunyai peranti dan akses internet pada kos yang berpatutuan supaya dapat menjalankan pembelajaran secara atas talian.
Berikut info permohonan dan syarat kelayakan;
1. Tarikh permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah dibuka bermula April lalu dan terdiri daripada dua fasa.
Bagi Fasa Pertama, permohonan telah dilakukan bermula 15 April 2022 hingga 15 Mei 2022 manakala bagi Fasa Kedua pula, telah dibuka pada 1 Ogos 2022 hingga 30 September 2022.
Pemberian satu (1) unit peranti Samsung Galaxy Tab A8 LTE untuk pemohon yang memenuhi syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut.
2. Syarat kelayakan permohonan;
Warganegara Malaysia
Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Asasi, Diploma, Diploma Vokasional Malaysia, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia;
Pelajar Tingkatan Enam di bawah KPM (2 semester);
Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
3. Peranti diberi secara terus
Inisiatif tersebut hanya melibatkan pemberian peranti atau tablet tanpa pelan data internet.
Apa yang menariknya, peranti yang diberikan secara automatik akan menjadi milik si penerima secara terus.
Ya, pelajar tidak perlu memulangkan semula tablet tersebut meskipun sudah tamat pengajian. Tetapi penerima perlu bertanggungjawab ke atas peranti masing-masing dan ia sama sekali tidak boleh dijual kepada mana-mana individu.
4. Pelajar perlu melaporkan sekiranya ada sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet yang diterima di bawah inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.
5. Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan atau polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
6. Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
7. Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
8. Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi Fasa Kedua masih dibuka sehingga 30 September 2022.
Jadi kepada mereka yang masih belum membuat permohonan, anda boleh layari laman web berikut https://perantisiswa.kkmm.gov.my.
Sumber: PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Cara mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Baca Artikel Menarik:
- Kesan teruk ubat darah tinggi, Najib dirujuk ke Hospital Kajang
- Stesen minyak terbiar Salor berhantu
- Juruterbang helikopter terhempas disahkan maut
- Isu konsert artis antarabangsa: “Jangan sia-siakan masa” – Prof. Muhaya
- Ismail saman Lokman berhubung kenyataan fitnah menerusi media sosial
- Rakyat berhak bersuara isu Najib
- JIka BN menang PRU-15, tiada siapa akan dibalas dendam
- Yonnyboii ungguli Album Terbaik AIM 23, Bolot RM200,000
- Dulu penyokong tegar, kini atas pagar
- Polis siasat dua lagi kes pendakwah selebriti di N. Sembilan
- Kepala mangsa serangan buaya ditemui
- Jom Hilangkan Stres…Inilah Dia 6 Homestay Yang Anda Patut Cuba Untuk Hilangkan Stres
- Erra Fazira Minta Maaf Tidak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Shahir AF
Layari Laman Facebook MYKMU.NET