Perjuangan Muda kabur hala tuju, fokus – penganalisis
Perjuangan Muda kabur hala tuju, fokus – penganalisis
Hala tuju dan fokus perjuangan Muda masih kabur, menyebabkan mereka sukar untuk mendapat tempat dalam politik Malaysia, menurut penganalisis.
Mohammad Agus Yusoff berpendapat perjuangan Muda masih tidak jelas sama ada dari segi perkara dan kelompok diperjuangkan, mahupun bagaimana kelompok tersebut akan diperjuangkan.
“Apa sebenarnya perjuangan Muda ini? Nak perjuangkan apa? Jika ingin perjuangkan nasib anak muda, bagaimana? Andai ingin memartabatkan keadilan, apa rupa keadilannya? Perkara-perkara seperti ini yang masih lagi tidak jelas.
“Niat parti politik sudah tentulah untuk mendominasi dan mendapat tempat dalam politik negara. Dengan perjuangan Muda yang kabur dari segi arah tuju dan fokus, sukar untuk Muda mendapat tempat,” katanya.
Pandangannya itu turut dikongsi penganalisis politik, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura yang berkata, setakat ini umum hanya melihat Muda penuh dengan keghairahan orang muda tanpa mengetahui apa di sebalik perkara itu.
Di sebalik ketidakjelasan umum terhadap ideologi, fahaman dan hala tuju perjuangannya, Setiausaha Agung Muda, Amir Hadi ketika dihubungi turut mengakui partinya berhadapan cabaran bagi menjelaskan ideologi Muda kepada umum.
“…Muda bukan untuk orang muda sahaja tapi buat semua. Ini merupakan cabaran besar bagi memaknai semula perkataan yang bukan hanya soal usia, tetapi soal idea dan pembaharuan, serta menolak politik lama yang hanya berkisarkan kuasa,” katanya kepada FMT.
Amir juga memaklumkan bahawa ideologi Muda adalah “mudaisme” yang membawa maksud semangat pembaharuan. Ideologi ini diinspirasikan oleh ideologi “marhaenisme” yang didukung presiden pertama Republik Indonesia, Soekarno.
Selain itu, Agus juga berpendapat Muda masih berada dalam bayang-bayang presiden mereka, Syed Saddiq dan sukar untuk bertahan sekiranya tidak mempunyai akar umbi yang kuat.
“Muda hanya dikenali disebabkan oleh Syed Saddiq sahaja, siapa lagi yang orang ramai kenal daripada Muda?
“Muda ada pemimpin tapi tiada pengikut dan akar umbi. Bila tiada akar umbi maka Muda tidak boleh pergi jauh melainkan mereka dapat membina ‘base’ dengan cepat, yang nyata memerlukan modal besar,” katanya. FMT
Perjuangan Muda kabur hala tuju, fokus – penganalisis
Baca Artikel Menarik:
- Penjual dadah kini ketuai solat
- Khairy, Rafizi saling sapa menyapa di Twitter
- Bank Rakyat perkenal produk pelaburan sulung
- Konflik kepentingan: Hakim Vazeer undur diri, Nazlan?
- Peringatan kepada Mahathir
- Kapal ‘James Bond’ karam selepas terkandas
- Tawaran berlakon drama ditarik, nama Puteri Balqis digugurkan?
- Jabatan Mufti cari Habib Shah Firdaus
- Isu InDriver: Pastikan padang sama rata baru cakap soal persaingan sihat
- Remaja lahir bayi kembar berlainan bapa
- Tawar khidmat seks serendah RM50 hingga RM150 sejam
- ‘Hati Kau Kuat Bro’ Ramai Kagum Dengan Penebar Roti Canai Terbang ‘Single Hand’ [VIDEO]
- Nabil Ahmad Jadi Teladan Rakan Di Konti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD
You must be logged in to post a comment.