UMNO Tidak Guna Kuasa Eksekutif Untuk Campur Urusan Judisiari – Ahmad Maslan
UMNO Tidak Guna Kuasa Eksekutif Untuk Campur Urusan Judisiari – Ahmad Maslan
Tuduhan bahawa UMNO menggunakan kuasa eksekutif untuk masuk campur urusan judisiari adalah tidak benar, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Jelasnya, pada tahun 2018 dan 2019 di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerajui Pakatan Harapan (PH), bermula segala pendakwaan politik terpilih terhadap pemimpin UMNO selain sebanyak 15 kes pendakwaan pemimpin PH digugurkan didakwa.
“Ia bermula pada tahun 2018 dan 2019 apabila pemerintahan pada ketika itu yang diketuai oleh Tun Mahathir, apa yang mereka lakukan? Mereka tukar Ketua Hakim Negara kepada Richard Malanjun, mereka tukar Peguam Negara (AG) daripada Apandi Ali kepada Tommy Thomas dan mereka tukar Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Latheefa Koya, yang kita tahu bahawa dia Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR. Itu siapa nak menafikan? Memang itu yang berlaku.
“Tommy Thomas ini bekas peguam bela Chin Peng dan dia tentunya dicadangkan oleh DAP. Begitu juga dengan Richard Malanjun. Jadi itu permulaan segala pendakwaan politik terpilih atau selective political prosecution dan kita tahu juga bahawa ada lima belas kes yang tersenarai, dibebaskan oleh Peguam Negara, Thommy Thomas.
“Kita tahu juga orang-orang mereka bebas, orang-orang kita didakwa. Bukankah segalanya itu adalah tuduhan bermotifkan politik?” katanya ketika sesi wawancara bersama NRChannelTV, malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian itu turut menjadi Orang Kena Tuduh (OKT) atas dakwaan dana politik yang diterimanya pada tahun 2013 mempunyai kaitan dengan 1MDB.
“Jadi segalanya bermula pada tahun 2018, 2019. Termasuk saya sendiri, saya menjadi OKT dan berada di Mahkamah Jenayah Kuala Lumpur. Manalah saya tahu wang yang saya terima pada tahun 2013 untuk tujuan dana politik ketika saya jadi Ketua Penerangan UMNO, separuh daripadanya ada kaitan dengan 1MDB.
“Saya dan Tan Sri Shahrir yang mengepalai pada ketika itu. Maka yang kena adalah saya dengan Tan Sri Shahrir. Kemudian saya menyelesaikan dan saya telah bebas dan lepas, Tan Sri Shahrir belum lagi,” katanya lagi.
Menurut Ahmad lagi, bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia pada ketika itu yang turut terpalit dengan tuduhan serupa tiba-tiba menjadi suci apabila ‘melompat’ ke parti PPBM.
“Ada lagi nama yang hebat iaitu Ketua Puteri UMNO Malaysia pada ketika itu tiba-tiba jadi suci apabila dia menyerahkan borang PPBM kepada Tun Mahathir. Mas Ermieyati, Ahli Parlimen Masjid Tanah. Ini semua orang boleh buka balik sejarah ni.
“Melayu tidak pernah lupa sebab sekarang ni ada telefon bimbit, google sahaja keluar semua benda belaka. Kita tapis segala maklumat dan kita akan dapat jawapannya. Jadi Melayu tidak pernah lupa.
“Tun Mahathir, Melayu tidak mudah lupa. Tun jangan anggap Melayu mudah lupa, kita dah ada telefon bimbit, senjata yang amat ampuh untuk menyebarkan segala perkara yang kita tidak mudah lupa itu,” katanya lagi. – UMNO Online
UMNO Tidak Guna Kuasa Eksekutif Untuk Campur Urusan Judisiari – Ahmad Maslan
Baca Artikel Menarik:
- Penjual dadah kini ketuai solat
- Khairy, Rafizi saling sapa menyapa di Twitter
- Bank Rakyat perkenal produk pelaburan sulung
- Konflik kepentingan: Hakim Vazeer undur diri, Nazlan?
- Peringatan kepada Mahathir
- Kapal ‘James Bond’ karam selepas terkandas
- Tawaran berlakon drama ditarik, nama Puteri Balqis digugurkan?
- Jabatan Mufti cari Habib Shah Firdaus
- Isu InDriver: Pastikan padang sama rata baru cakap soal persaingan sihat
- Remaja lahir bayi kembar berlainan bapa
- Tawar khidmat seks serendah RM50 hingga RM150 sejam
- ‘Hati Kau Kuat Bro’ Ramai Kagum Dengan Penebar Roti Canai Terbang ‘Single Hand’ [VIDEO]
- Nabil Ahmad Jadi Teladan Rakan Di Konti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD
It’s None Of Your Business– Zul Ariffin
You must be logged in to post a comment.