600 pokok Musang King ditanam secara haram dimusnahkan

600 pokok Musang King ditanam secara haram dimusnahkan

Sebanyak 600 pokok durian jenis Musang King yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Teras, Raub, Pahang dimusnahkan oleh Pejabat Hutan Daerah (PHD) hari ini.

Dalam Operasi Teras itu, PHD mendapati aktiviti penerokaan secara haram melibatkan tanah seluas empat hektar dilakukan sejak dua tahun lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pegawai Hutan Daerah Raub, Shahril Mohamad berkata, operasi bermula jam 9 pagi itu disertai 25 kakitangan dengan pengawasan anggota Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Raub.

Beliau berkata, pihaknya mengesan kawasan berkenaan selepas melakukan rondaan serta semakan menggunakan sistem e-geoformatik Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada 26 November lalu.

Katanya, hasil siasatan mendapati kegiatan penerokaan kawasan berkenaan dilakukan seorang lelaki yang menggunakan beberapa pekerja warga asing.

“Pokok durian Musang King berusia satu hingga dua tahun dimusnahkan dengan cara menebang menggunakan parang dan mesin gergaji berantai. Kawasan bukit dan laluan curam antara cabaran yang terpaksa dihadapi.

“Nilai 600 pokok Musang King yang dimusnahkan dianggarkan lebih RM30,000,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Shahril berkata, sepanjang tahun ini PHD Raub telah melakukan lima operasi membanteras penerokaan hutan simpan secara haram membabitkan kawasan seluas kira-kira 142.7 hektar.

Beliau berkata, Operasi Pamah Hutan Simpan Batu Talam pada Julai lalu merupakan kemuncak tindakan tegas kerajaan negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan PHD Raub apabila memusnahkan 15,000 pokok durian Musang King membabitkan kawasan seluas 101 hektar yang turut diwartakan sebagai kawasan tadahan air.

Katanya, kawasan lain yang turut terbabit operasi musnah tahun ini ialah Hutan Simpan Sempam, Hutan Simpan Kelau, Hutan Simpan Tersang dan Hutan Simpan Teras.

“Operasi Teras hari ini adalah yang keenam dilakukan tahun ini. Tindakan sama akan dilakukan secara berterusan tahun depan dalam memastikan kegiatan menceroboh hutan simpan secara haram tidak berulang.

“Kita akan mengadakan program menanam pokok balak di kawasan terbabit bermula esok, sebanyak 1,500 pokok pelbagai jenis akan ditanam dan mengambil masa beberapa hari,” katanya. FMT

600 pokok Musang King ditanam secara haram dimusnahkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker