Netflix digesa sekat kandungan langgar prinsip Islam

Netflix digesa sekat kandungan langgar prinsip Islam

DUBAI: Negara-negara Teluk mendesak Netflix menyingkirkan kandungan yang dianggap melanggar `prinsip Islam dan nilai murni masyarakat’ dalam semua filem yang disiarkan menerusi perkhidmatan laman penstriman itu.

Memetik laporan BBC, kandungan demikian perlu disekat termasuk membabitkan filem kanak-kanak ditayangkan baru-baru ini kerana didapati melanggar peraturan.



Amaran itu dibuat oleh badan pemantau media Majlis Kerjasama Teluk dan Arab Saudi dalam satu kenyataan, namun mereka tidak memperincikan sebarang butiran lanjut.

Bagaimanapun, saluran televisyen kerajaan Arab Saudi memaparkan beberapa rakaman yang kabur dari rancangan animasi Jurassic World: Camp Cretaceous.

Rakaman itu antara lain menunjukkan adegan dua remaja perempuan mengaku saling mencintai dan berciuman.

“Kami sudah menghubungi Netflix untuk mengeluarkan semua kandungan ini yang melanggar prinsip.



“Ia termasuk kandungan dalam filem kanak-kanak bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa akan melakukan pemantauan terhadap pematuhan arahan tersebut.

Malah, pihak tersebut memberi amaran sekiranya kandungan yang melanggar prinsip dan nilai itu masih ditayangkan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Sementara itu, rakaman daripada filem kontroversi Cuties juga dipaparkan dalam laporan saluran Al Ekhbariya TV, dengan kapsyen mendakwa Netflix bertindak sebagai `penyiar menyebarkan mesej tidak bermoral yang mengancam didikan kanak-kanak’.



Satu lagi video di laman sesawang Al Ekhbariya mendakwa perkhidmatan penstriman itu ‘mempromosikan homoseksualiti’ dengan memberi tumpuan berlebihan kepada homoseksual.

Saluran televisyen itu juga menemu bual beberapa tokoh awam yang membuat tuduhan serupa dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera. Utusan

Netflix digesa sekat kandungan langgar prinsip Islam


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis



Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker