Apple perkenal iPhone 14, harga dikekalkan

Apple perkenal iPhone 14, harga dikekalkan

Apple melancarkan telefon pintar baharu pada harga sama dengan model kebelakangan ini di sebalik inflasi dan masalah rantaian bekalan, selain memperkenalkan jam digital premium dengan tanda harga untuk disaingi.

Walaupun pembentangan selama 90 minit di ibu pejabat syarikat di California tidak mendedahkan sebarang kejutan, gergasi teknologi itu memperkenalkan sistem pengenalan digital baharu yang tidak memerlukan kad sim fizikal.

Telefon pintar terbaharu syarikat, iPhone 14, berharga AS$799 bagi model asas, harga sama dengan versi semasa, manakala model premium iPhone 14 Pro Max berharga AS$1,100.

Set produk dikemas kini, termasuk bud telinga baharu, direka bentuk untuk mengekalkan kesetiaan pengguna terhadap ekosistem teknologi yang mewah.

“Apple meneruskan pertumbuhan mantap pada separuh pertama 2022, dipacu oleh pemintaan kukuh bagi iPhone 13, telefon pintar paling laris di seluruh dunia,” kata penganalisis Canalys, Le Xuan Chiew.

Keupayaan untuk mengekalkan harga iPhone mencerminkaan manfaat mempelbagaikan rantaian bekalan ke India selepas dasar COVID-19 sifar China menjejeskan pengeluaran di negara itu, kata penganalisis.

Penganalisis Wedbush, Dan Ives, berkata pelancaran itu menunjukkan kekuatan logistik Apple.


Antara model baharu iPhone 14 yang diperkenalkan dalam satu acara di California

“Melancarkan tiga produk teras baharu dalam ekosistem Apple di sebalik krisis rantaian bekalan terbesar dalam seharah moden adalah pencapaian besar bagi (Tim) Cook dan pasukannya, terutama dengan penutupan sifar COVID-19 di China pada April dan Mei lalu,” kata Ives.

Ciri-ciri baharu iPhone 14 termasuk bateri lebih tahan lama dan kapasiti fotografi untuk merakam babak ‘ultra lebar’ dan tetapan cahaya rendah.

Telefon itu turut mengandungi fungsi ‘SOS kecemasan’ untuk membolehkan pesanan dihantar kepada perkhidmatan kecemasan di luar liputan WiFi.

iPhone 14 Plus didatangkan dalam skrin gergasi 6.7 inci (17 sentimeter) yang menawarkan pengalaman lebih baik semasa bermain permainan atau menonton video.


Apple Watch Ultra, iPhone 14 dan AirPods Pro diperkenalkan untuk memberikan pilihan naik taraf kepada pengguna

Produk jam tangan digital baharu pula didatangkan dengan ciri-ciri dipertingkatkan.

Apple Watch Series 8, yang boleh memantau suhu badan dan fungsi badan lain, berharga AS$400.

Syarikat turut menampilkan Apple Watch Ultra, berharga AS$800, yang mengandungi bateri dengan jangka hayat mencukupi untuk atlet ‘menghabiskan triatlon jarak jauh’, menurut kenyataan akhbar Apple.

Penganalisis GlobalData Retail, Neil Saunders, menganggap tawaran baharu itu memberikan ‘naik taraf besar’ berbanding inovasi baharu.

Beliau menambah, Apple telah melakukan yang secukupnya untuk memacu permintaan dengan menarik pengguna supaya menaik taraf dan membiasakan diri dengan produk-produk baharu. BH

Apple perkenal iPhone 14, harga dikekalkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker