Era My Way or Highway Mahathir dah tak relevan – Shahril

Era My Way or Highway Mahathir dah tak relevan – Shahril

Pemimpin Umno mencabar Dr Mahathir Mohamad masuk ke gelanggang pilihan raya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti jika merasakan Umno jahat dan perlu ditewaskan.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan, berkata Mahathir tidak sepatutnya mengkritik Umno sebegitu kerana institusi itu pernah berjasa kepadanya.

“Jika Tun (Dr Mahathir) merasakan Umno tetap ‘jahat’ dan perlu ditewaskan, Tun bersainglah dalam gelanggang PRU nanti.

“Berilah pilihan kepada rakyat. Itu hak Tun. Sepertimana hak kami untuk menawarkan diri sebagai parti yang menjanjikan kesetiaan dan kestabilan.

“Tak perlulah sampai mengata seolah-olah semua kami yang jadi ahli Umno ini hodoh, bodoh atau kotor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam Mahathir yang juga ahli Parlimen Langkawi berkata, pemenjaraan bekas perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak tidak cukup untuk membersihkan parti itu daripada budaya rasuah.

Bekas presiden Umno selama 22 tahun itu berkata, rasuah dalam parti itu telah melata hingga ke peringkat akar umbi.

Oleh itu katanya, Umno perlu ditolak secara keseluruhan dalam PRU ke-15 nanti.

“Pemenjaraan Najib tidak membersihkan Umno. Budaya Umno bukan budaya parti di waktu ia ditubuh. Ini bukan parti Umno lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Shahril berkata, dia mengakui kepimpinan Mahathir dalam menerajui negara meninggalkan kesan mendalam, namun mengingatkan pemimpin Pejuang itu akan sumbangan parti di sebalik kejayaannya.

“Saya faham Tun terkenal dengan lidah tajamnya baik di pentas tempatan atau antarabangsa. Tetapi harapan saya, selepas ini simpanlah sedikit kekasaran itu supaya tidak ditujukan sepenuhnya kepada institusi yang mana Tun pernah menjadi pemimpin dan ahlinya walaupun keluar masuk keluar masuk.

“Mungkin di sebalik kejayaan hidup Tun, ada juga saham dari institusi ini yang menyumbang,” katanya.

Shahril mengakhir kenyataannya dengan berkata “era My Way or the Highway mungkin relevan pada era 1980an dan 1990an.”

Namun dia mengingatkan Dr Mahthir bahwa zaman itu sudah beredar.

Dalam pada itu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan Mahathir adalah bersifat retorik.

Katanya, Mahathir sememangnya mahu melihat Najib dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merengkuk di penjara kerana mahu melihat Umno terkubur.

“Betullah apa yang Tun M cakap dalam Facebook selepas keluar hospital. Menyumbat Najib ke dalam penjara tidak membersihkan Umno dari rasuah.

“Itu retorik Tun M, sebenarnya dia mahu Najib dan Zahid masuk penjara supaya Umno dihapuskan dan terkubur selama lamanya.

“Pertuduhan rasuah jadi alat politik,” kata Mohd Puad dalam hantaran di Facebook.

Mahathir masih bernafsu besar, kata Puad

Jelas Mohd Puad Umno bukan parti rasuah, sebaliknya ramai pemimpin rasuah menyertai Bersatu.

“Apabila dia (Mahathir) tubuh PPBM (Bersatu), ramai katak melompat masuk PPBM. Maka PPBM adalah parti rasuah. Dia bapa rasuah kerana buang kes Lim Guan Eng,” katanya.

Mengulas lanjut Mohd Puad berkata Dr Mahathir berharap dia untung besar apabila Najib dipenjarakan tetapi rupanya dia menjadi “si luncai yang terjun dengan labu labunya”.

“Parti Pejuang yang akan terkubur terus. Parti Pejuang akan jadi padang jarak padang tekukur.

“Di PRN Johor semua calonnya hilang wang pertaruhan. Jentera Pacaba pun tidak ada. Itu petanda awal,” katanya.

Sambil menyindir Dr Mahathir masih bernafsu besar kerana berjaya memenjarakan Najib, namun katanya jiwa dan mental bekas perdana menteri itu sebenarnya akan terpenjara selamanya kerana Umno akan tetap bangkit di PRU 15. Mk

Era My Way or Highway Mahathir dah tak relevan – Shahril


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker