Ramai ‘tidak sabar’ lihat bekas Presiden Sri Lanka dihukum

KENDERAAN roda tiga melintasi papan iklan yang menyindir kepulangan Gotabaya Rajapaksa ke Sri Lanka selepas melarikan diri ke Thailand. – AFP

COLOMBO: Presiden Sri Lanka yang meletak jawatan, Gotabaya Rajapaksa, 73, yang pulang ke tanah air selepas tujuh minggu hidup dalam buangan boleh dikenakan tindakan undang-undang selepas bekas pemimpin itu dilucutkan daripada imuniti Perlembagaan.

Rajapaksa pulang ke Colombo pada Jumaat lalu dari Thailand dan diiringi kawalan ketat pasukan keselamatan ke kediaman baharunya.

Sebelum ini, beliau tidak mempunyai kes mahkamah yang belum selesai kerana mendapat perlindungan dari Perlembagaan sebagai presiden.

Kes rasuah terhadapnya ketika menjadi pegawai tertinggi pertahanan juga ditarik balik sejurus beliau dipilih sebagai presiden pada 2019.

Namun, Rajapaksa diminta hadir ke Mahkamah Agung pada minggu depan bagi memberi keterangan berhubung kehilangan dua aktivisi politik muda, termasuk dakwaan peranannya dalam pembunuhan editor akhbar terkemuka, Lasantha Wickrematunge pada 2009.

Menurut peguam, Nuwan Bopage yang mewakili keluarga mangsa, Rajapaksa perlu dikenakan tindakan undang-undang segera berikutan apa yang dilakukannya sehingga menyebabkan Sri Lanka dihimpit krisis kewangan yang teruk.

“Beliau tidak layak hidup bebas seperti tiada apa yang berlaku,” kata Nuwan.

Jelas peguam itu, kehilangan dua aktivis politik itu berlaku 13 tahun lalu selepas berakhirnya perang saudara di negara ini dan ketika itu, Rajapaksa merupakan pegawai yang berkuasa di Kementerian Pertahanan.

Pada waktu itu, Rajapaksa dituduh menyelia skuad penculikan yang membawa lari suspek pemberontak, wartawan kritikal dan aktivis sehingga ‘hilang dari pandangan’.

Namun, Rajapaksa menafikan penglihatannya sehingga beliau dipilih sebagai presiden.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker