Prestasi syarikat merosot, pegawai kewangan maut terjun bangunan

Prestasi syarikat merosot, pegawai kewangan maut terjun bangunan

Lelaki yang ditemukan maut selepas terjun dari tingkat 18 menara Jenga di kawasan kejiranan Tribeca di Manhattan, New York dikenal pasti sebagai eksekutif Bed Bath & Beyond.

Memetik laporan Daily Mail, Gustavo Arnal, 52, merupakan ketua pegawai kewangan Bed Bath & Beyond dan syarikat berdepan kesukaran sejak akhir-akhir ini disebabkan oleh inflasi tinggi dan ekonomi yang merosot.



Dua hari sebelum kematian Arnal, syarikat itu mengumumkan rancangan untuk menutup 150 cawangan daripada 900 premisnya, selain memberhentikan 20 peratus kakitangannya.

Malah, berdasarkan laporan MarketBeat.com, Arnal menjual lebih 42,000 saham dalam syarikat itu pada harga AS$1 juta (RM4.48 juta), kira-kira dua minggu lalu.

Pada masa itu, Arnal dilaporkan masih memiliki 267,896 saham dalam syarikat itu yang bernilai kurang daripada AS$6.5 juta (RM29.17 juta).

Arnal dilantik sebagai ketua pegawai kewangan Bed Bath & Beyond pada tahun 2000, selepas pernah memegang jawatan eksekutif di beberapa syarikat besar lain termasuk Avon, Walgreens dan Procter & Gamble.



Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Polis New York berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di 56 Leonard Street berhampiran Church Street pada kira-kira 12.30 tengahari (waktu tempatan).

Arnal dikenal pasti sebagai individu yang terjun dari bangunan setinggi 57 tingkat pada petang Jumaat lalu.

Pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) New York yang berada di lokasi kejadian dilihat membawa mayat lelaki yang diletakkan dalam beg mayat berwarna hitam.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba New York memaklumkan seorang lagi individu dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan ringan.



Seorang wanita kelihatan kecewa dan menangis berhampiran bangunan itu sebelum menaiki ambulans.

Jelasnya, pihaknya tidak dapat mengesahkan umur atau jantina individu yang dihantar ke hospital. Utusan

Prestasi syarikat merosot, pegawai kewangan maut terjun bangunan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir



Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker