MB Selangor digesa siasat kelulusan haram projek hutan simpan

MB Selangor digesa siasat kelulusan haram projek hutan simpan

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dikecam atas rancangan kerajaan negeri menyahwartakan sebahagian kawasan hutan simpan Bukit Cherakah bagi mengelakkan risiko dikenakan tindakan undang-undang oleh syarikat yang mempunyai kepentingan di situ.

Sebaliknya, dua peguam berkata, Amirudin sepatutnya menyiasat kenapa kelulusan “haram” diberikan dan pegawai awam mana yang terlibat.

Seorang aktivis alam sekitar turut mempersoalkan sama ada Amirudin yakin tiada rasuah atau penyalahgunaan kuasa ketika kelulusan itu diberikan.

Peguam, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh Sohanpal mewakili beberapa pertubuhan yang memohon semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri menghapuskan perlindungan hutan simpan daripada sebahagian tanah di Bukit Cherakah.

Semalam, Amirudin dilaporkan berkata, jika tidak meneruskan siar warta itu, kerajaan negeri “akan berdepan saman sebab syarikat berkenaan akan kehilangan peluang perniagaan yang telah diluluskan kerajaan negeri terdahulu”.

Oleh itu, katanya, kerajaan negeri tiada pilihan kecuali bersedia membayar ganti rugi.

“Sekalipun kerajaan negeri meneruskan penyahwartaan, ini tidak akan menghalalkan projek yang telahpun dimulakan sebelum penyahwartaan dilakukan,” kata dua peguam itu.

Mereka berkata, kehilangan dana atau risiko disaman tidak sepatutnya menjadi pertimbangan kerana negeri itu sudah diberikan pampasan untuk tanah itu.

Menurut mereka, masih wujud persoalan sama ada penilaian alam sekitar sewajarnya sudah dilakukan sebelum kelulusan itu diberikan.

Kerajaan negeri tidak sepatutnya mengorbankan alam sekitar atas sebab kewangan, kata mereka sambil memetik contoh banjir di beberapa bahagian negeri baru-baru ini.

Naib presiden PKR itu turut berkata, anak syarikat negeri yang mempunyai kepentingan di hutan tersebut akan diminta tidak meneruskan projek pembangunan mereka, kecuali yang membabitkan kepentingan awam, seperti pembinaan jalan dan tanah perkuburan.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka), Damien Thanam Divean berkata, kerajaan negeri semasa perlu menyiasat salah laku pentadbiran terdahulu, menarik balik pemilikan tanah dan mengembalikan status rizab hutan asal, bukannya tunduk untuk “membantu pihak yang salah”.

Lim Teck Wyn dari Shah Alam Community Forest Society (SACF) pula lega kerana anak syarikat negeri tidak akan meneruskan projek pembangunan di hutan tersebut.

Katanya, ini menunjukkan kerajaan negeri bersikap “responsif” terhadap semakan kehakiman difailkan Peka dan SACF yang mencabar penyahwartaan itu.

Rajesh dan Sachpreetraj yang mewakili NGO dalam saman itu berkata, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 28 Sept ini untuk mendengar permohonan mereka untuk kebenaran membuat semakan kehakiman. FMT

MB Selangor digesa siasat kelulusan haram projek hutan simpan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker