Ismail Sabri ucap tahniah kepada Truss

Ismail Sabri ucap tahniah kepada Truss

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Mary Elizabeth Truss atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baharu.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri turut mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Truss.



“Saya berharap agar hubungan dua hala Malaysia-UK akan terus terjalin untuk kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Setiausaha Luar Britain itu memperoleh 81,326 undi manakala pencabarnya Rishi Sunak mendapat 60,399 undi.

Truss, 46, menggantikan Boris Johnson sekali gus menjadi Perdana Menteri wanita ketiga UK selepas Margaret Thatcher dan Theresa May. HM

Ismail Sabri ucap tahniah kepada Truss




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)



Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker