Bomoh Rusia Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat

Bomoh Rusia Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia mengaku mempunyai kesukaran untuk menghantar sihir kepada orang Islam yang menjaga solatnya. Baginya, mereka yang menjaga solat adalah dari kumpulan manusia yang bersih hatinya.

Dalam video yang dimuat naik oleh Cahaya Sakinah di laman Twitter miliknya, kelihatan seorang wanita, iaitu bomoh diwawancara oleh seorang lelaki dalam bahasa Rusia. Mereka membincangkan mengenai pekerjaan wanita terbabit dan mengungkap beberapa persoalan mengenai dunia sihir.

Ketika ditanya, “Adakah lebih sukar untuk mempengaruhi seseorang jika hatinya bersih?” Wanita terbabit menjawab, “Ya, tentu sahaja. Dalam menghadapi pelbagai agama, sangat sukar untuk mempengaruhi orang Islam. Kerana mereka selalu berhubung dengan entiti yang tidak kelihatan.

“Mereka diwajibkan untuk beribadah setiap hari. Maka mereka sentiasa berada dalam semacam ‘kubah pelindung.’ Sangat sukar untuk menyerang mereka. Ketika diserang dengan sihir, orang Muslim ini akan menghadap ‘pengawas’ mereka dalam doa, doa mereka bukan selingan, seperti yang dilakukan orang kristian yang hanya datang ke gereja ketika hidup mereka sempit.

“Kemudian selama lima tahun berikutnya, [orang kristian ini] hilang hubungan dengan tuhan dan ajaran gereja. Muslim memiliki iman dan hubungan yang kuat dengan pelindung mereka dan pelindung ini sangat protektif. Jadi menyerang muslim yang taat pada agamanya sangat sulit dilakukan,” katanya.

Tidak pasti siapakah nama wanita terbabit, namun perkongsiannya telah membuka mata beberapa rakyat muslim di Malaysia tentang betapanya pentingnya menjaga solat.

Melalui perkongsian Siti Nurhazlinda di akaun Twitter miliknya, dia turut mengaku bahawa kebanyakan bomoh akan menghantar sesuatu kepada mangsanya untuk meneliti apakah keperibadian mangsanya. Jika seseorang itu menjaga solat, peluang untuk beliau terkena sihir sangatlah tipis.

“For you information, aku pun ada member ex-bomoh. Dia pun cakap sama. Ramai je orang solat, tapi yang betul-betul khusyuk tu susah nak tembus. Sebab sebelum dia serang orang, dia akan hantar sesuatu yang dia bela untuk observe dulu orang tu alim ke tak. Then baru dia hantar sihir. Tapi dia insaf sekarang.

“Why dia buat macam tu dengan observe dulu bagai? Sebab kalau salah sihir dia boleh mati. Sihir tu berbalik pada dia. Kalau tak dapat target, dia akan hantar kat ahli keluarga lain target yang tak berapa nak ibadah sangat. Senang cerita dia target orang lemah yg lain,” katanya. Vc

Bomoh Rusia Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker