Imej pertama planet di luar sistem suria

Imej pertama planet di luar sistem suria

Teleskop angkasa James Webb merakam imej pertama eksoplanet sebuah planet di luar sistem suria.

Imej daripada teleskop angkasa lepas paling berkuasa pernah dibina itu menggembirakan pemerhati dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana ia mengorbit matahari sejauh 1.6 juta kilometer dari bumi.



Gambar perintis terbarunya menunjukkan eksoplanet , yang dipanggil HIP 65426 b, adalah gas gergasi tanpa permukaan berbatu dan tidak boleh didiami.

“Ini adalah detik transformatif, bukan sahaja untuk Webb tetapi juga untuk astronomi secara amnya, ” kata profesor astronomi di Universiti Exeter, Sasha Hinkley, yang mengetuai pasukan pemerhatian.

Pandangan inframerah dan koronagraf Webb, lampiran teleskopik yang menghalang cahaya bintang membolehkannya mengambil imej langsung eksoplanet.

“Ia sangat mengagumkan betapa baik koronagraf Webb berfungsi untuk menyekat cahaya bintang tuan rumah,” kata Hinkley dalam satu kenyataan NASA.



Eksoplanet HIP 65426 b adalah enam hingga 12 kali ganda daripada jisim Musytari dan muda, kira-kira 15 hingga 20 juta tahun. Ia berbanding bumi yang berusia 4.5 bilion tahun.

Teleskop itu yang hanya mengeluarkan imej pertamanya pada Julai mendedahkan butiran baharu yang mempesonakan mengenai Galaksi Phantom dan planet Musytari.

Teleskop angkasa Hubble sebelum ini menangkap imej eksoplanet langsung, tetapi ia tidak terperinci seperti dengan Teleskop angkasa James Webb

Teleskop Webb bernilai AS$10 bilion (RM44.7 bilion) adalah kerjasama antara Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat, Agensi Angkasa Eropah dan Agensi Angkasa Kanada.



Ia dijangka beroperasi selama lebih kurang 20 tahun. HM

Imej pertama planet di luar sistem suria


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker